Header Ads

ads header

Flash News

17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan


Kerajaan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara, umum perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan jawatan lantikan politik sebagai 'pembaziran' yang harus ditangani kerajaan.

"Kita dapati terlalu banyak kontrak pegawai. Pegawai kontrak ini kalau ada diberi kontrak kerana keperluan pentadbiran, tetapi ada juga yang diberi kontrak kerana politik iaitu mereka adalah political appointees.

"Dan political appointees ini akan kita akan tamatkan semuanya.

"Kita mendapati bahawa seramai 17,000 orang adalah lantikan politik, kita perlu menyusunnya bagi tujuan penjimatan," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kakitangan berpendapatan rendah, termasuk pemandu, tidak akan ditamatkan tetapi akan dipindahkan mengikut kelayakan mereka.

Pada masa ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 778,894 pesara kerajaan.

Kerajaan telah membentangkan RM280.25 bilion dalam Bajet 2018, di mana RM79.15 bilion digunakan sebagai bayaran emolumen.

Selepas bertugas pada 10 Mei, Mahathir merancang untuk mengecilkan kabinet kepada hanya 25 kementerian.

Beliau juga berkata penjawat awam di kementerian yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

4 ulasan:

  1. baguih laa cam tuu cuma nak tanya parlimen mana lak yg nak di prk kan.. tak sabag dah ni nak hanto paca..

    BalasPadam
  2. Teringat kata2 de fakto sebentar tadi.. tugas pemetintah ialah sediakan peluang pekerjaan!

    Baguih dan cepat cepatlah... usah lengah lengah.

    Yang pasti ada 17,000 warga pekerja (rakyat) yang akan diberhentikan dan dengan itu 17,000 peluang pekerjaan perlu disediakan dalam sektor lain pula untuk membantu mereka.

    Jangan lepas tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lor ingatkan kjaan nak sediakan 17,000 peluang pekerjaan. baru sesuai dgn nama kjaan pakatan harapan, jika begini sesuai lah pilih kjaan pakatan hancur.

      Padam
  3. Mane2 yg berpangkat rendah tu dh boleh lah isi pekerjaan yg selama ni diambil oleh pekerja asking..
    Bukan nk melekehkan mereka tp nk mengawal jumlah pekerja asing..

    BalasPadam