Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu + PKR + xUMNO = BN 2.0


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menerima anggota Umno selepas mereka keluar parti dan menjadi bebas terlebih dahulu.

"Kami memang terbuka untuk sesiapa yang bersama dengan kita, sebab kita nakkan rakyat bersatu untuk membina negara ini semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Lembah Pantai hari ini.

Walaupun mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti politik, Wan Azizah menekankan bahawa HARAPAN merupakan kerajaan untuk semua.

Sebelum ini, Mahathir berkata HARAPAN tidak akan menerima anggota Umno menyertai parti itu.

Ini berikutan ketidakpastian berhubung status undang-undang terhadap parti Melayu itu.

Sebelum ini seramai 16 bekas anggota Umno memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno melanjutkan pemilihan parti itu.

Semalam, Mahathir memberitahu BERSATU menerima banyak permohonan untuk menyertai parti itu selepas PRU ke-14, termasuk di kalangan anggota Umno.

Mahathir berkata permohonan berkenaan akan diterima selepas individu terbabit memenuhi syarat ditetapkan.

"Untuk orang Umno, BERSATU putuskan mereka boleh menyertai parti ini selepas mereka mengisytiharkan keluar dari Umno dan menjadi bebas, kemudian nyatakan pendirian terhadap kerajaan HARAPAN, barulah kami boleh pertimbang untuk menjadi ahli," katanya.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
 


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

18 ulasan:

  1. REUNION PERIUK+ BELANGA, BERSATU in process take over grass root UMNO. UMNO x boleh hidup tanpa cash is king

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha muka PKR kaki tangan DAP PAN tapi
      otok UMNO. Santapan asasi pengundi 5 juta

      Padam
  2. Biarkan depa dgn agenda depa.. Yg penting PAS dan pencinta kesejahteraan kena kuat dan Istiqamah.. Kna byk hadir program kuliah dan usrah.. InsyaAllah kita akn selamat dunia dan akhirat.. Wa'Allahualam..

    BalasPadam
  3. Semoga tingkahlaku mereka ini menjadi asbab untuk rakyat berfikir bahawa perjuangan Islam mesti diutamakan sebelum perkara lain. Kejar akhirat, dunia akan tunduk mengikut.

    BalasPadam
  4. Rasa macam kena dipermainkan pun ada. Lanun nak sucikan diri dgn cara pindah ke kapal baru. Alhamdulillah pas tidak perlu berdepan penyakit2 basi mcm ni. Tenang tapi tegas.

    Ingatkan dah free rupanya tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapal baru pun lanun gak...lagi besar

      Padam
  5. inilah HIKMAH PAS x menyertai PH. MANUSIA merancang tp ALLAH sebaik baik perancang
    mohon yang terbaik utk parti yg dasar islam. FASTAQIM

    BalasPadam
  6. Aku rasa najib dan pemimpin umno akn berebut2 nk naik kapal baru BN V2.

    BalasPadam
  7. tunggu 16 september

    siapa, dari mana, akan lompat ke mana

    kerajaan baru 2.0 akan bersinar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pentadbir baru kelam kabut dan rakyat miskin terus terpinggir dari arus kemakmoran. Ini tidak boleh berlanjutan untuk 1 tahun, apa tah lagi 5 tahun!

      Kerajaan 16 september adalah mitos tapi mitos yang mampu jadi realiti kalau pentadbiran sekarang terus berkeadaan seropa atau merosot.

      Fakta sekarang ialah pembangkang hanya perlukan 14 kerusi untuk lepasi angka 111, yakni angka yang tidak mustahil di capai.

      Padam
  8. STRATEGI BERBEZA DUA ATOK

    LKS mahukan pembangkang yang kuat, yakni bilangan kerusi pembangkang harus banyak bagi mencapai maksud berkenaan. Dalam kata lain LKS semacam tak berkenaan dengan kerusi2 pembangkang beralih2 tempat.

    Dalam masa sama PPBM dan PKR giat memberi lorong kepada kerusi pembangkang agar menyeberang. Ia dibuat secara terang dan bersuluh. Bila lorongan mengena, bilangan kerusi pembangkang akan berkurangan dan sekali gus melemahkan suara pembangkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka tak cukup kabinet dapur yang berkelayakan.Sampai ada menteri kes rasuah dalam kabinet

      Padam
  9. Wah pakatan sedang menerima keahlian dan kemasukan penyamun-penyamun dari kapal lanun 1.0 yang sedang tengelam untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan kapal lanun 2.0 !

    Rakyat juga yang kena kencing hancing!

    BalasPadam
  10. PAKATAN NASIONAL

    BalasPadam
  11. PKR + PPBM = UMNO 2.0
    Hukum Islam keras dan zalim = Allah SWT zalim
    Bukan aku kata tapi baru sat ni Madey kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plok doh...
      Abistu pengikut dia yg ulama ulama dlm PAN xtegur ke..

      Tuan guru mat sabu..
      Tuan guru husam musa

      Padam
  12. UMNO + MCA + MIC + PPBM + DAP + Amanah + PKR vs PAS. apa pun yg terjadi, kita mesti kuat semangat. terus istiqomah

    BalasPadam