Header Ads

ads header

Flash News

CUEPACS Rayu Kerajaan Laksanakan KGT


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

"CUEPACS berharap kenaikan ini dapat diteruskan kerajaan baharu kerana ia sangat ditunggu-tunggu penjawat awam yang rata-rata gaji mereka tidak mampu menanggung beban kenaikan kos sara hidup.

"Ini berikutan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2002, iaitu hampir 16 tahun lalu.

"SSM sepatut disemak setiap lima tahun. Namun apabila ia tidak berlaku, kenaikan kos sara hidup jauh meninggalkan gaji penjawat awam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini, yang menjelaskan kerajaan tidak terikat dengan KGT dijanjikan pentadbiran terdahulu.

"Bagaimanapun, kami akan melihat perkara (KGT) itu secara positif sama ada mereka (penjawat awam) berhak diberi elaun tambahan atau bentuk bantuan lain," kata Perdana Menteri.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Azih berkata, CUEPACS yakin kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir akan menampilkan inisiatif lebih baik untuk kakitangan awam, namun KGT adalah sesuatu yang amat diharapkan.

"CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat ke arah kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan," katanya.

- BH Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

7 ulasan:

  1. kalau kerajaan dapat kurangkan kos sara hidup dengan pensifaran GST, kestabilan harga Petrol macam pada 1998, lebuhraya bebas tol, pendidikan percuma dan mengawal harga barang, ia adalah lebih bermakna dari kenaikan gaji. kalau dapat dua-dua lagilah bagus. apapun raya dah dekat, tak adakah duit raya???

    BalasPadam
  2. Benatlah kata pepatah melayu...dengar guruh dilangit air tempayan dicurah jangan....manifesto A kesudahan E.

    BalasPadam
  3. Mohon pemberian 1KGT diteruskan memandangkn kos sara hidup sudahpun meningkat sejak GST diperkenalkn n harga barang yg semakin meningkat..wlaupn GST lepas ni 0% tpi kesan dr peniaga yg telah menaikkan harga barang disebabkn minyak tiap minggu sblm ni naik..klau minyak turun harga barang x ikut turun..jdi mohon kpd kerajaan berilah kpd kmi 1KGT utk menampung kos sara hidup yg memangpun sudah tinggi..

    BalasPadam
  4. Harap 1 kgt diteruskan..kesian kpd penjawat awam yg selama ni ikat perut disbbkn kos sara hidup yg tinggi..

    BalasPadam
  5. Pemberian 1kgt sgt diperlukan trutama gred 54 dan ke bawah..utk gred TURUS n JUSA rasanya x perlu..harap kerajaan berikan 1kgt kpd golongn bawahan..kesian lah kat kmi..

    BalasPadam
  6. Kalau nk di bandingkan gaji penjawat awam dgn swasta sekrg amat jauh beza.. CUEPACS sentiasa memperjuangkan nasib pejawat awam. Syabas..
    Tetapi siapa yg memperjuangkan nasib pekerja swasta? Mereka ini terpaksa menerima ketentuan yg mana ada yg bekerja berthn2 tiada kenaikkan maupun bonus kerana sykt tidak dapat memenuhi target kewangan bagi setiap tempoh tahunan. Ingin melakukan dua kerja terdapat pula halangan dari majikan serta kekangan masa. Tiada keadilan di sini.
    Tidak disisihkan juga bagi individu yg bekerja sendiri yg mana dinafikan tuntutan byran setelah kerja disiapkan, sedangkan individu tersebut mempunyai komitmen seperti juga manusia yg lain. Siapa yg berjuang utk mereka? Siapa yg harus dipertanggungjawadkan bg melihat kebajikan mereka2 ini. Undang2 mana yg melindungi hak2 mereka?
    Mohon kerajaan melihat mereka ini kerana mereka2 ini juga peyumbang kepada pembangunan negara.

    BalasPadam