Header Ads

ads header

Flash News

Kementerian pertahan Mat Sabu naik pesawat tentera ke Butterworth


Kementerian Pertahanan mempertahankan tindakan menterinya Mohamad Sabu yang menggunakan pesawat tentera untuk menghadiri majlis di Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut kementerian, Mohamad harus menghadiri program rasmi perjumpaan tahunan dengan anggota-anggota tentera udara atas undangan Panglima tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Penerbangan tersebut juga, kata kementerian bagi melengkapkan jumlah jam penerbangan juruterbang demi mengekalkan kompetensi mereka.

"Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan," katanya.

Ia juga, kata kementerian, bagi memberikan pendedahan terhadap keputusan pesawat pengangkut pelbagai guba A400M kepada menteri dan pegawai kanan tentera.

Sebuah portal kelmarin melaporkan seorang peguam Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamad menyalah guna aset kerajaan.

Abu Backer mendakwa, majlis berbuka puasa kementerian itu hanyalah wayang bagi membolehkan Mohamad untuk pulang ke kampung halaman beliau di Butterworth.

Penggunaan pesawat itu, kata pengamal undang-undang itu melibatkan perbelanjaan tidak kurang RM50,000, sedangkan negara berdepan hutang besar lebih RM1 trilion.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. bukan semua majlis resmi sifatnya apatah lagi majlis yang tiada kaitan dengan peranan sesebuah institusi.

    dalam konteks penggunaan harta awam, nampak macam ada justifikasi tetapi justifikasi tidak selalu boleh menghalalkan perbuatan.

    kalau religion jadi sebahagian dari alasan, religion juga larang pembaziran terutama di bulan ramadhan.

    BalasPadam
  2. Cef harus beringat, bila cef buat kerja potong sayur tak ramai yang nak tumpang nama cef dan takdak yang nak perguna nama cef.

    Bila cef naik pangkat jadi cef eksekutif, ramai yang akan tumpang dan tak kurang yang akan perguna "name tag" tuan untuk, hmmm.

    Semua itu resam dunia....

    BalasPadam