Header Ads

ads header

Flash News

Khairuddin pula serang Rafizi dan kajian Invoke


PETALING JAYA: Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata banyak keputusan kajian Invoke Malaysia “tidak tepat” dan “tidak konsisten” selepas pengasasnya, Rafizi Ramli mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor utama kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya 9 Mei lepas.

Beliau tidak menamakan mana-mana dapatan secara khusus, namun Khairuddin menimbulkan beberapa persoalan yang mempertikaikan kewibawaan kajian badan kaji selidik itu.

“Adakah kajian Invoke ini menyeluruh? Berapa jumlah responden yang dikaji selidik? Boleh saya tahu berapa peratus responden yang ditemui oleh Invoke secara perbandingan dengan jumlah keseluruhan rakyat?”

“Yang saya perhatikan banyak juga keputusan-keputusan kajian invoke tidak tepat.

Kadang kala keputusan kajian invoke juga tidak konsisten,” kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.

Ahli jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi PH itu bagaimanapun menambah beliau menghormati hak Rafizi untuk berkata demikian, tetapi naib presiden PKR itu tidak perlu mempertikaikan faktor kemenangan PH.

“Itu tidak relevan lagi buat masa ini,” kata Khairuddin. “Kita diberi mandat oleh rakyat malaysia untuk bina semula negara bukan untuk berbalah sesama sendiri atau pertikai di antara sesama kita.”

“Sesungguhnya, saya hormati Rafizi Ramli tetapi sejak kebelakangan ini saya nampak beliau macam emosional sikit. Tak tahu lah mengapa?” katanya.

Khairuddin dalam membuat tegurannya mengakui sumbangan Rafizi selama ini kepada Pakatan Harapan “agak signifikan” namun kenyataannya kebelakangan ini kelihatan “tidak selari dengan semangat solidariti PH masa kini”.

Beliau mengingatkan Rafizi untuk kurang bercakap perkara yang tidak memanfaatkan kerajaan PH.

“Insya-Allah, saya akan sarankan pada perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk mempertimbangkan memberi satu jawatan penting kepada Rafizi Ramli agar beliau lebih fokus bekerja ke arah membantu kerajaan PH,” katanya.

Semalam, Rafizi berkata tinjuan pasca pilihan raya oleh Invoke mendapati faktor GST dan kos sara hidup paling memberi kesan kepada pengundi berbanding ketaatan dan kesetiaan kepada Dr Mahathir, yang sekali lagi diberi kepercayaan selepas 22 tahun mentadbir negara.

Menurut Rafizi, prestasi buruk PPBM dan kemenangan besar PAS di Kedah menunjukkan perdana menteri itu bukan kunci kemenangan PH.

Di peringkat Parlimen, PH yang bertanding atas tiket PKR menang 10 kerusi, PAS 3 kerusi dan BN 2 kerusi. Rafizi berkata PPBM sekadar menang 3 kerusi. Di peringkat DUN pula, PAS mengekori PKR dengan 15 kerusi berbanding 18, manakala BN menang 3 kerusi.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

12 ulasan:

  1. Kebenaran yang manis2, semua sanggup telan.

    Kebenaran yang pahit, tak ramai yang sanggup telan.

    BalasPadam
  2. PH was the 1st to past the post dan seterusnya PM4 jadi PM7. Itu adalah fakta yang manis buat PH dan pahit buat pembangkang.

    Dengan hanya 45% sokongan semasa past the post, ia adalah past the post terburuk buat PM4/PM7. Ini juga adalah fakta.

    Fakta terakhir ini memberikan sedikit kemanisan pada pembangkang untuk ditelan, dalam masa sama ia adalah pahit untuk ditelan oleh kebanyakan PH.

    BalasPadam
  3. Jaga2 pimpinan pas...mereka nampak bergaduh...silap2 skrip mcm 1998 akan berulang..
    Rafizi bergaduh dgn mahathir....lps tuh rafizi di buang...lps tuh pas kesian dan ambik..rupa2nya rafizi nak masuk pas utk hancurkan pas...
    Kan bung nuar ckp nak menang trg dan kelantan...
    Bunyi mcm aku nih bermimpi...tidakkkkk
    Mahathir licik lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini ada logiknya...saya dok fikir cam tu juga...

      Padam
    2. Maaf 12:54 saya kurang bersetuju dengan saudara walaupun ada betulnya point yang saudara fikirkan. Cuma dalam Islam kita perlu sentiasa ingat bahawa Islam tidak pernah menyempitkan ruang taubat. Kena baik sangka kepada seseorang sekiranya ada kehendak mereka untuk berubah. Peranan kita umat Islam buka ruang dan tidak boleh menilai ikhlas. Kerana ikhlas itu urusan Allah. Klu kita buat kerana Allah, Allah jua yang akan melindungi kita drpd muslihat itu.

      Utk berhati hati its ok tapi saya rasa kita jangan pre-judge dan terlalu bimbang dengan skrip 1998 sebab Pas pernah ada pengalaman melaluinya dan hasilnya Alhamdulillah Allah bantu Pas untuk lebih kuat, lebih sejahtera dan matang. Yang penting kita yakin, istiqomah dan berbaik sangka dengan takdir Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Merancang dan Maha Mentadbir...maaf kalau pendapat saya ni lemah. Wallahualam

      Padam
  4. Sebelum PRU14, invoke membuat ramalan lawak king konon PAS akan kalah di semua kerusi tetapi pemimpin-pemimpin PH tidak pula mengkritik atau menolak hasil kajian invoke tersebut.

    Sebaik sahaja kajian invoke memperkecilkan sumbangan Dr M kepada PH dalam PRU14, sebilangan pemimpin PH terus melatah mengkritik atau menolak hasil kajian invoke !

    Bukankah ini bererti sebilangan pemimpin-pemimpin PH bersikap double-standard?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan double standard lagi dia orang ni triple standard...

      Padam
  5. orang pantai barat dan selatan boleh terima PH pasal aliran dia hampir sama dengan BN (aliran sekular), ia tidak memberi kesan pada penduduk pantai timur dan sebahagian kawasan utara yang lebih islamik.

    BalasPadam
  6. Pemain politik...setahu aku rafizi org tun m...aturan politik telah dibuat tggu dan lihat

    BalasPadam
  7. AURA sulaiman palestine

    BalasPadam
  8. Kajian Invoke memang ke laut pun.

    BalasPadam
  9. Klu nak ikutkan memang rafizi antara pemimpin muda melayu yg saya suka sbb ketegasannya. Tapi mempertikaikan sumbangan dr mahathir dalam kemenangan pru14 adalah sesuatu yang tak patut after all the hard work Dr mahathir sumbang dalam usianya yang sangat tua. Dr mahathir tak ada pun menyerang sesiapa dlm pakatan.

    BalasPadam