Header Ads

ads header

Flash News

Kisah Sang Khalifah Ingin Mengambil Harta Rakyat


Analogi kisah masa kini..

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja.

Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

5 ulasan:

  1. Minta sumbangan dr mereka2 ni je dlu,tggal 2,3 billion je wat bekal hidup,pn x abis nak makan dah smpai anak cucu..

    BalasPadam
  2. Memalukan mintak derma bila kerabat sendiri begitu kaya.Tak perlu la rakyat menderma ke tabung tak de harapan tu..baik derma kepada rakyat palestin dan pelarian pelarian islam yg lain.

    BalasPadam
  3. Baik aku derma tabung masjid surau..

    BalasPadam
  4. Tu tandanya kekeringan idea. Teringat dulu-dulu masa kerap dgr ceramah bakal PM. Pelabur Arab byk akan masuk sekiranya kita dpt perintah M'sia. Tup-tup mereka ni lah yg byk tarik keluar pelaburan bila diumumkan secara sengaja hutang kita dah cecah 1 trilion.

    BalasPadam
  5. Tu tandanya kekeringan idea. Teringat dulu-dulu masa kerap dgr ceramah bakal PM. Pelabur Arab byk akan masuk sekiranya kita dpt perintah M'sia. Tup-tup mereka ni lah yg byk tarik keluar pelaburan bila diumumkan secara sengaja hutang kita dah cecah 1 trilion.

    BalasPadam