Header Ads

ads header

Flash News

Najib marah polis ambil 'coklat dan makanan' dalam peti


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam pihak polis yang didakwa beliau makan makanan dan coklat dari peti sejuk ketika serbuan ke rumah anak-anaknya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Harpal Singh Grewal, Najib membangkitkan cara "tidak bertanggungjawab" serbuan polis itu dijalankan.

"(Ia) dicerminkan dengan cara kakitangan polis yang makan makanan dan coklat di dalam peti sejuk serta kemudiannya meminta makanan disediakan untuk mereka.

"Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut."

Keluarga itu mempersoalkan sebab-sebab rampasan barangan kepunyaan anak Najib.

Menyebut serbuan di Pavilion Residences, Harpal memberitahu pemberita hari ini dua unit kondominium itu didiami anak-anak Najib, iaitu Nor Ashman dan Nooryana Najwa.

Menurut Harpal, kedua-dua penghuni kediaman kondominium itu merayu jabatan siasatan jenayah komersil untuk "secepatnya memulangkan kesemua barangan peribadi dan mengelakkan untuk terus memalukan serta mendatangkan kesedihan kepada keluarga ini."

"Tidak ada relevan dan tiada bukti prima facie (bukti yang munasabah) bagi serbuan dan rampasan itu dibuat," kata Harpal.

Selain daripada serbuan yang dijalankan di unit-unit kediaman berkenaan, 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah juga dirampas dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences pada malam Khamis lalu.

Rampasan itu begitu besar sehingga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh tidak dapat memberikan anggaran nilai barangan rampasan tersebut.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Diharapkan kepantasan dan ketelitian ini akan berterusan dan dijadikan gold standard buat tugasan serupa bila2 ada aduan meskipun aduan itu menyasarkan ahlil2 hipokrasi sekalipun. Itu baru benar2 pembaharuan.

    BalasPadam
  2. ALANGKAH INDAHNYA JIKA ISLAM dijadikan panduan. teringat mcm DSI dulu dulu.BN v2

    BalasPadam
  3. Professional tapi tidak berakhlaq.

    BalasPadam
  4. Tahniah polis bendul atas kepatuhan arahan.. Madir dan anak beranak dia punya harta spt dibongkarkan oleh anwar & the geng hanya jadi cerita penglipur lara yg menipu rakyat je.. Hehe. .Kesian rakyat.. Sorang pemimpin guna duit utk ambik hati rakyat. Sorang lagi guna cerita dongeng..hehe

    BalasPadam
  5. This is unaccpetable.. why target nanib's children?? U cant target a persons family memeber just because that person is being investigated for a crime..

    Second of all, why confiscate personal belongings like watches clothes handbags

    Even if u want to confiscate personal belongings (which is wrong and unacceptable) why his children's belongings??

    BalasPadam