Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PKR berkata Dr Mahathir mungkiri janji PH tentang 2 jawatan


PETALING JAYA: Pemuda PKR Pahang mengkritik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin Kementerian Pertahanan, mengatakan keputusan itu bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain.

“Sebarang tindakan bertentangan dengan manifesto bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong PH, malah aa mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baru PH,” kata Ketua Pemuda PKR Pahang, Wong Chun Yuan.

“Saya mendesak Dr Mahathir supaya memegang kepada manifesto PH dan menarik balik keputusan itu,” katanya.

Sementara itu di media sosial beberapa pengguna menyuarakan kekhuatiran mereka.

“Perlukah kita bimbang dengan perkembangan ini?” kata seorang pengguna bernama Giovanni.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan Kementerian Wanita dan Kebajikan.

Perdana menteri sebelum ini menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. rapiji ada kata lidah bercabang.hahaha
    Kementerian Pelajaran laaa
    chegu bard ada kata pepsi dgn coco cola
    sama sama kencing hancing

    BalasPadam
  2. apa yang anak muda tidak perasan ialah apa yang Tun aplikasikan terhadap kabinet dapur PH adalah bersumberkan pemikiran di luar kotak.

    eh eh eh

    BalasPadam
  3. Pakatan Harapan tlh pun menang dlm pru14 namun masih gagal membentuk barisan kabinetnya utk menjalankan tugas. Maklum la, perjuangan bukan utk membela rakyat tapi perjuangan PH hanya perjuangan utk merebut kuasa dan jawatan dlm pemerintahan sahaja. Rakyat entah kemana, agama entah kemana kita tgok la nanti. Tun taik smlm kata nk pegang jawatan menteri pelajaran, hari nak pegang menteri pertahanan pulak, lusa aku tak tahu la. Kalau begini mau 1 tahun baru blh selesai, kalau selesai pun blm tentu sempurna dan mantap.

    BalasPadam