Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya 2 X 5 sama dengan UMNO Terengganu tak berhak royalti minyak


KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN, seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat, khasnya berkaitan royalti minyak.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

22 ulasan:

  1. Jadi inilah yang sebenarnya,niat untuk menguasai lubuk duit! Mahu nafikan hak rakyat Terengganu yg tlh memilih! Sama saja mentaliti,BN @ PH,tiada beza! Celakalah kamu di dunia dan akhirat!!

    BalasPadam
  2. Kira nak balas dendam lah tu sbb kalah 0 kerusi..sama jer dgn kjaan pusat dulu..

    BalasPadam
  3. Yang menaruh 1001 harapan hanya 43% saja. 57% tak percaya pun ada harapan janji mulut akan diikuti dengan perbuatan. Ternyata sangkaan 57% adalah betul.

    BalasPadam
  4. Royalti bukanlah milik mana mana parti yakni bukan parti yang akan diberi kepercayaan untuk uruskannya meskipun ada yang melobi.

    Yang layak uruskan wang yang banyak adalah pihak yang mendapat kepercayaan dari warga2 setiap negeri.

    Pihak yang mendapat kepercayaan dalam konteks royalti di Pantai Timur bukanlah pembangkang negeri (BN) atau pihak yang langsung tiada kerusi (wakil PH negeri).

    Kat mana pusing pun, sepatutnya hanya pemerintah negeri pilihan rakyat yang layak menguruskan wang sebegitu.

    NBN

    BalasPadam
  5. puok pakutun dok reti bahse..dah memang berususkan umno..itu lah rupenye..lawo diluar, dalang same je ngan puok biru tua..kire nok balah dendang jer..sabor lah boh..kalu mung baguh, org pakoh jugok mung..ni keje malah buat..menghilang je kat tganu..napok btg hidung bila time pilihan raya..pahtu seyap tuppak..

    BalasPadam
  6. Kan dah kata... Perampok Dan Penyamun sama sahaja... kedua2nya zalim... sape azan ismail dan raja bahrin tu sape?

    BalasPadam
  7. HARAPAN,AMANAH dan KEADILAN sangatttt

    BalasPadam
  8. Padahal dlm manifesto PH sebut nk kembalikan royalti minyak..tup tup dh jd kerajaan perangai BN muncul smula..sepatutnya yg bekas2 BN tu xyah la jd calon,rakyat pilih parti bukan calon.buh la sapa2 pun klu dh rakyat pilih parti tu pasti akn menang..

    BalasPadam
  9. Sedarlah Bani Melayu Islam, yang pegang tampuk penguasaan adalah Melayu Islam dari dulu hingga sekarang, mengapakah negeri2 dipantai timur masih jauh lagi mundur pembangunan dan kehidupan dari prasarana, inilah yang menyebabkan mereka menolak pemimpin yang hanya pentingkan perut dan bawah perut. Tiada makna tukar kerajaan jika masih mengamalkan politik penindasan. Jika ini benar berlaku mohon rakyat pantai timur terus tolak pemimpin yang hipokrit.

    BalasPadam
  10. mintak maap laah dsai nk tawan trengganu /kelantan

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. kuali ngan belango samo yo

    BalasPadam
  13. Ada lagi dalam PH pemimpin berfikiran jakun

    BalasPadam
  14. ini akan menjadi senjata yg ampoh utk rakyat di terengganu menolak secara total pakatan harapan..dan in sha allah akan di ikuti rakyat2 di negeri2 yg lain

    BalasPadam
  15. kerajaan terengganu tak boleh ker lombong carigali sendiri minyak kat dasar lautan tu,

    BalasPadam
  16. mohon kerajaan trg tubuh syarikat carigali minyak sendiri sebagaimana kerajaan negeri sarawak lakukan...

    BalasPadam
  17. allooo bro sekelian ... madey laa broo madey... sapa tak kenai n tak ingat ..what msabu anwar brahim lim guan suah say before ...

    BalasPadam
  18. insyaallah si zalim celaka akan terima balasannya,semoga ALLAH akan tolong rakyat trg,

    BalasPadam
  19. Rafizi kat mana?
    Kat mana Rafizi?
    Ada sapa nampak Rafizi?
    Rafizi nampak sapa ada?

    **lirik lagu

    BalasPadam
  20. Mahai raktay Trengnu. Mudah2an Allah menyebelahi kalian. Rezeki hang Allah simpan kt akhir. Kat 'sana' nanti habuan hang sume akn dapat balik. Puak2 BN/PH akn pulangkn balik. Kat sama mereka akn terbalik.

    BalasPadam
  21. Sekat je.next PRU semua pengundi Melayu undi tanda protes hegemoni Dap/liberalis/anti Melayu dlm kjaan Pusat.

    BalasPadam