Header Ads

ads header

Flash News

Tak ada pimpinan lain ke dalam Harapan?


Menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Harapan itu masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama?

Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan.

Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi.

Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. Maka dia perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri Kewangan itu hanya atas nama sahaja.

Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa pihak Harapan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan sedemikian.

Malah persoalannya, adakah Harapan mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak untuk mengisi jawatan selaku Menteri Kewangan sehingga terpaksa juga lantik Guan Eng?

Secara logiknya, Harapan boleh melantik orang lain sementara menunggu kes Guan Eng selesai di mahkamah. Sekiranya dia didapati tidak bersalah, Harapan boleh buat rombakan.

Tetapi nampak gayanya Harapan itu tetap berkeras untuk melantik Guan Eng. Ada sebab tertentu ke kenapa HARAPAN MEWAJIBKAN melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan? Ada agenda tertentu ke yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum???

Semut Hitam


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. it start with: you lap me, i lap you

    now: i got mine, you will get yours

    after sometimes: i got mine, you get lost

    BalasPadam
  2. Memang lge ada agenda la, nk menghadkan peruntukan kpd kelantan dan terengganu,jbtn2 agama dan sekolah2 agama dikawal peruntukannya.

    BalasPadam