Header Ads

ads header

Flash News

Tiada orang berani pandang rendah lagi ke atas PAS kata akhbar Cina


PETALING JAYA – Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

Nanyang Siang Pau dalam ruangan editorialnya berkata, tiada orang lagi yang akan memandang rendah Pas dengan kejayaan yang dicapainya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Walaupun hasrat Pas untuk menjadi ‘King Maker’ tidak kesampaian, tetapi ia tetap menjadi parti paling berpengaruh di Pantai Timur.

“Tiada siapa pun dapat menafikan bahawa parti ini akan mengukuhkan lagi pengaruhnya pada masa akan datang.”

Nanyang Siang Pau berpendapat, rasa “bosan” pengundi Melayu terhadap UMNO dan Pakatan Harapan yang “saling mengorek luka masing-masing” dan ketaatan Pas kepada perjuangan Islamisasi telah membawa kepada kemenangan Pas.

Penganalisis Oriental Daily, Yang Shan Yong pula berpendapat, dua watak utama dalam PRU-14 ialah “Hadi dan Hathir” merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun Dr. Mahathir lebih mahir kali ini dan berjaya memenangi PRU-14, tetapi malangnya masa tidak berpihak kepada pemimpin berumur 93 tahun ini.

“Berlainan dengan Dr. Mahathir, Abdul Hadi hanyalah berusia 71 tahun dan ada 22 tahun lagi jika beliau mahu aktif dalam politik sehingga 93 tahun.” kata penganalisis itu yang membayangkan masa depan yang cukup baik buat Abdul Hadi dalam politik Malaysia.

MR : Apa pendapat orang luar PAS jangan terlalu ghairah. Kerja PAS sekarang ialah tunjukkan teladan yang baik. Masa untuk bekerja demi PRU-15 nanti. Tak ada istilah berehat.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

15 ulasan:

  1. jadikan trengganu ikon pemerintahan teknokrat gandingan agamawan dan چندکياون yg berteras islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...
      Kelantan Serambi Mekah
      Terengganu Serambi Madinah...

      Padam
  2. in sha allah...gelombang kebangkitan islam bermula dari pantai timur

    BalasPadam
  3. Semua ini ilmu kekira: 1+1=2 dan 1-1=0. Peper berkepentingan agak mahir untuk mengajak pembaca mereka agar memilih antara 2 atau 0, bersandarkan kepada realiti dan kebarangkalian semasa.

    Bila momentum ke arah sekularism hampir sama besar dengan momentum ke arah anti sekularism, hanya dengan sedikit jolokan, berbondong-bondonglah puak2 minion keluar bagi membantu momentum sekularism. Dan kali ini berjaya.

    BalasPadam
  4. Islam akan kembali bangkit dari timur

    BalasPadam
  5. PAS jgn cepat berpuashati.. jgn syok sgt. UMNO & PH akan pantang nampak satu silap PAS. Akan diorang jaja cerita macam kesalahan amat besar.

    BalasPadam
  6. Invoke kata Kelantan jatuh kpd BN dan PAS kalah semua kerusi parlimen...

    BalasPadam
  7. InsyaAllah PAS akan dpt memerintah malaysia nanti
    Yer PAS jgn cpt berpuas hati dgn kejayaan skrg dan kami ahli dan penyokong PAS amat berbangga
    Tapi kena INGAT!!!
    PH amat kuat mainan fitnah mereka terhadap PAS...Apa yg tidak dikata oleh pimpinan PH terutama mahathir masa berkempen...terutama PAS makan duit umno dsbnya
    Kalu lihat youtube bleh kata tiap2 hari ramai youtube video uploaders adalah penyokong kuat PH dan kemungkinan besar mereka di gaji oleh PH utk kuasai social media...
    Walaupun komen saya ni, saya yakin di baca oleh penyokong PH dan strategic thinker mereka, tp kena akui kita kena set up team utk post video video berkenaan kebaikan PAS di trg dan kelantan dan juga video yg counter tuduhan fitnah terhadap PAS...
    Jgn buat tajuk yg betul bendul seperti PAS mmg tak makan duit umno dsbnya sebab kemungkinan besar penyokong atas pagar dan PH yg ingin tahu tak akan click video tersebut...
    Buat tajuk seperti yg agak tempting seperti PAS makan duit umno?, Kedekutnya mb trg (seperti tajuk dlm salah satu artikel yg saya baca) padahal dr samsuri berjimat cermat dsbnya...tajuk yg reverse psychology seperti rumah hj hadi ada 7 tingkat basement, hj hadi keluar dgn ferrari pada tgh malam saje sebab nak elak org tahu ...ini akan buat org atas pagar ingin tahu padahal dlm video ditunjukkan rumah kayu tghh, kereta harian atau rasmi tghh utk kerja2 dakwah dsbnya...

    BalasPadam
  8. PRU 15 nanti diharapkan PAS akan (sebelum atau SEKARANG!) fokuskan kepada Pahang. Pastikan calon diletakkan di semua kerusi dun melayu dan campuran. Di dun luit, jengka dan chenor yang berjiran sesama sendiri, pas berjaya tawan "jantung negeri pahang". Pada masa yang sama kukuhkan kedudukan (consolidate) kedudukan kita di Terengganu dan Kelantan. Bersama kita wujudkan bloc negeri pantai timur yang kuat dan seragam. Istilah seperti "king maker" mesti dikurangkan atau dihentikan. Ayuh kita hijaukan pantai timur!!

    BalasPadam
  9. Pas xmungkin boleh memerintah malaysia, kwsn bandar dan industri sume tolak pas, ini fakta bkn nk merendah2kan.. Jgn skadar angan2, ayam bertelur heboh sekampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. stuju kerana sentimen anti islam,gol liberal dan gol munafik mendominasi kawasan bandar. kaw majoriti melayu pun kalah P116 WANGSA MAJU M:52.45% C:39.76% I:7.05% L:0.74%.jelas org melayu sendiri tolak calon melayu/islam,meraih 18% undi

      Padam
    2. Masa hadapan masih belum tahu,apa2 pun masih berkemungkinan. Cuma mati saja yang amat pasti..

      Padam