Header Ads

ads header

Flash News

Bangkit Melawan Fitnah


Walau pun PRU 14 sudah selesai, tetapi api fitnah terus dibakar kepada PAS. Mereka tidak puas hati walau pun sudah menang di peringkat kerajaan Pusat. Namun masih tidak puas hati, hajat hendak melenyapkan terus daripada persada politik tanah air tidak tercapai. Strategi tidak menjadi. Mereka menggunakan portal -portal yang memang diketahui umum sebagai portal yang cukup anti PAS. Tajuk-tajuk di dalam portal ini akan ditular walau pun tajuknya berbeza dengan kandungan berita supaya wujud persepsi buruk.

Mereka menyamar dalam akaun palsu dan meletakkan profile palsu supaya susah untuk dikenali. Kadang-kadang tulisan mereka bukan sahaja memaki PAS, malahan menghina Islam. Kita tidak ketahui, samaada mereka ini Islam atau tidak.

Apabila PAS menjawab tuduhan fitnah. Maka mulalah mereka berhujah, PAS parti jumud, tidak boleh dikritik, parti suci, rasis, pelampau agama, walaun, pemimpin PAS maksum dan bermacam-macam gelaran. Oleh itu kita jangan peduli cacian mereka. Teruskan menjawab.

Ahli PAS perlu bangkit melawan dengan hujah dan membetulkan dengan fakta. Jangan berundur terus melawan. Pembaca cerdik akan boleh menilai hujah kita dengan hujah mereka. Jika kita diam dan tidak menjawab fitnah mereka, kita bimbang fitnah ini akan melekat di fikiran pembaca.

Yang pandai buat poster, silakan buat. Yang pandai menulis, silakan menulis. Yang bijak bahasa Inggeris, yang bijak bahasa Mandarin, Tamil, Arab teruskan menulis. Yang bijak buat video sila lakukan.

Pemerhatian saya pemfitnah ini ulang tuduhan yang sama sahaja. Walau pun kita jawab, mereka teruskan fitnah. Oleh itu kita juga perlu terus jawab dan serang mereka dengan fakta. Walau pun berulang kali. Ahli PAS seramai 1 juta, mustahil tidak ada 100,000 untuk bertugas menjadi benteng pertahanan PAS di media sosial. Saya yakin kita mampu, walau pun kita tidak ada wang tetapi kita ada semangat untuk berlawan.

Kalau boleh yang bertugas memfitnah PAS biar jelas profile FB mereka supaya senang kita taaruf sesama sendiri. Jangan main pukul curi, sembunyi diri dan guna akaun palsu. PAS bersedia untuk dikritik, pemimpin PAS bukan maksum. Kami tidak rela difitnah.

Nasihat saya kepada pembela PAS dan juga diri saya supaya jangan fitnah walau pun pada musuh kita. Biar mereka fitnah PAS. Hujah pemfitnah tidak kuat. Bila kita jawab dengan fakta pemfitnah akan terkedu dan tidak berani muncul. Pemfitnah walau pun nampak kuat, mereka tidak bermaya. Mereka yang menegak kebenaran walau pun nampak lemah tetapi mereka akan menang InsyaAllah.

Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
23/6/18


MR : Untuk bangkit lawan fitnah, PAS perlu perkasakan ahli-ahlinya dengan maklumat dan sumber maklumat yang mudah diakses untuk mereka berhujah. PAS juga mesti ada satu unit khas yang agresif membongkar penyelewengan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Saya harap portal-portal yg selalu menfitnah Pas perlu dijawab dgn segera. Tetapkan kumpulan tetap yg menjawab setiap komen mereka. Jika seandainya ada 20 portal maka wujudkan 20 kumpulan yg tetap untuk mengendali dan handle satu- satu portal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea baik, fokus individu/ goup of mujahid cycer pada spesifik portal...

      Padam
  2. Boleh senaraikan portal tersebut

    BalasPadam
  3. Insyallah kami menyokong dan akan terus berjuang dan berdakwah pada penyebar fitnah dan kami bermohon dan berdoa moga mereka2 mendapat rahmat kembali kejalan yang benar dan menerima islam sebagai agama mereka sekiranya mereka non muslim. Ya allah bukakan lah hati mereka untuk bersama berjuang untuk menegakkan agama islam. Ameeeeen

    BalasPadam
  4. kalau boleh wujud kan satu group wsap utk pejuang2 siber kita bertukar2 maklumat dan buah fikiran utk menangkis fitnah2 ini sesama mereka. amacam setuju tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju .pejuang siber perlu di perkasakan dgn bertukar tukar maklumat.

      Padam
  5. Fitnah mampu membunuh peribadi, keluarga, keturunan, parti, bangsa dan masa depan diri dan yang ada kaitan dengannya. Atas sebab itu impaknya lebih besar dari pembunuhan ke atas fizikal. Namun, satu yang terbalik coat ialah pemfitnah tidak akan dicari sampai lubang cacing malah ada yang mendapat anugerah Hero atas kejayaannya memfitnah. What the heck.

    BalasPadam
  6. Fitnah serta musuh adalah sunnahtullah kepada manusia...dan ianya adalah mustahil untuk dihapuskan...yang penting ialah bagaimana kita menguruskan fitnah.. Allah mendatangkan pelbagai fitnah untuk menguji...contohnya didatangkan iblis serta syaitan,makanan atau minuman yang diharamkan,harta,wanita,kuasa, dendam,dengki,khianat,tamak haloba dan banyak lagi...dalam menangkis serangan fitnah politik maka tiada salah menangkis dengan perisai fakta atau menyerang lawan melalui perspeksi politik juga...contohnya perspeksi PH tidak mesra melayu Islam, pendendam,janji palsu,BN 2.0 dan pelbagai lagi perspeksi negatif yang boleh ditanam dalam minda rakyat. Pemmpin PAS juga perlu bijak mengulas isu serta soalan perangkap wartawan...menjawab no komen atau diam adakalanya lebih baik dari jadi seorang yang teruja dengan mikrofon wartawan yang akhirnya ia menjadi peluru kepada para musuh PAS dan Islam...bagi PH yang terdiri ramai pemimpin bukan Islam maka mereka tiada istilah pahala dosa...komen komen macai dan cyber trooper ph pula menunjukkan profile mereka sebagai golongan sewel yang berkiblatkan kehendak syaitan semata mata.....

    BalasPadam
  7. Dari dulu lagi Pas patut ada team yg segera menjawab segala fitnah2 yg dilemparkan. Akibat dari membiarkan fitnah2 ini berleluasa dulu menjadikan maruah Pas diinjak2 oleh musuh2.Seeloknya senaraikan dulu pemfitnah tegar biar rakyat tahu apa2 berita yg keluar dr mereka kebanyakannya fitnah

    BalasPadam