Header Ads

ads header

Flash News

Berat sangatkah kemahuan Agong?


ISU pelantikkan Peguam Negara yang baru menggambarkan tidak lancarnya pentadbiran kerajaan baru bawah Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri (PM) seakan mahu mengeruhkan suasana apabila menyatakan yang kerajaan tetap akan lantik peguam Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baru. Sudah tertutup dan tiada lagikah pintu rudingan dan tolak ansur?

Sementara itu Majlis Raja-raja dijangka mengadakan persidangan berhubung isu ini esok. Apakah masalah sebenarnya?

Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagaimana PM dan kerajaan punya tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kestabilan negara terjamin apabila masing-masing lancar melaksanakan amanah masing-masing.

Agong dan Raja-raja bukanlah boneka atau sekadar simbol adat istiadat akan tetapi mereka punya kuasa walau sedikit dalam hal memelihara negara dan rakyat. Kerana itu kita rakyat Malaysia berikrar setia pada Raja dan negara dalam ikrar Rukun Negara kita.

Dalam hal ini Agong sebagaimana dipetik akhbar The Star baru-baru ini sekadar mahukan seorang Peguam Negara yang mahir yang boleh menasihati Baginda termasuk dalam urusan Syariah. Salahkah Baginda mahukan calon seumpama itu?

Ini bukan isu kaum atau agama. Ini isu kehendak Agong yang tidak bercanggah pun dengan Perlembagaan Negara, undang-undang dan peraturan malah selaras dengan tugas Baginda yang tutut memelihara kepentingan Islam dalam negara.

Janganlah dikeruhkan suasana sehingga mengadu-domba rakyat dan mencabar kesabaran mereka.

PH sudah menang dan bentuk kerajaan, perintahlah tanpa menyinggung dan melanggar institusi dan lambang yang sudah diiktiraf, dihormati dan diterima rakyat.

Pemimpin dan kerajaan datang dan pergi tetapi Institusi Di Raja kita yang kita warisi ratusan tahun insyaAllah kekal dengan peranan mereka sebagai payung agama dan rakyat keseluruhannya.

Semoga krisis ini segera selesai dan keyakinan rakyat terutama umat Islam dikembalikan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

5 ulasan:

  1. Penyokong pH buat petition sokong Tommy termos, petition menentang ada x?

    BalasPadam
  2. Terlanjur nak ikut apa yang negara maju buat, hadamkanlah fakta2 di bawah ini agar apa yang ada di negara maju benar2 dicopy secara verbatim:

    "Under Article II Sec. 2 of the Constitution the Attorney General is nominated by the President and appointed with the advice and consent of Congress".

    "The Constitution is clear that the Attorney General may be impeached by Congress. As to whether the Attorney General may be summarily removed by the President, no provision of the Constitution grants this power".

    Komen:

    Kongres AS beri consent, kongres sama ada hak untuk impeach. Dalam kata lain, kongres lebih dari sekadar rubber stamp.

    BalasPadam
  3. Bukan isu perlembagaan.. tapi permintaan. Adakah perlembagaan kata agong tak boleh buat permintaan?

    BalasPadam
  4. Kita umat Islam berdiri teguh menyokong Yang Dipertuan Agong membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

    Puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi adalah pengkhianat jika mereka menentang Yang Dipertuan Agong !

    BalasPadam
  5. Saya dan keluarga sekong DYMM Agong.

    BalasPadam