Header Ads

ads header

Flash News

Bubar UMNO, masuk PAS jawapan sinis yang tajam


Bila wartawan tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyelesaian terbaik buat Umno ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan, di Kota Bharu, semalam, Mohd jawab spodan bubar aje UMNO Masuk PAS semua, habis cerita. Banyak masalah boleh selesai.

Terus wartawan tak ada cerita untuk dimanipulasikan dalam akhbar.

Wartawan tak puas hati, cuba cungkil untuk buat berita. Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan enggan mengulas lanjut ketika ditanya siapakah pimpinan Umno yang perlu diangkat sebagai presiden parti itu pada pemilihannya tidak lama lagi. katanya "Saya tak nak komenlah sebab Umno ini parti lain, kalau komen macam ganggu rumah tangga mereka. "

Berita bubar UMNO jadi tajuk besar juga.. "Lapar" benar mereka berita dan ulasan pimpinan PAS. Pimpinan PAS jangan pula mudah terperangkap dengan wartawan kerana memang itu kerja mereka lagi banyak boleh mereka spin lagi banyak pendapatan mereka.



Qalam Qabut memberi komen yang menarik, dia syorkan supaya dimulakan dulu dengan solat taubat berjamaah di seluruh negara bagi puak UMNO ni. Bersih dan sucikanlah hati dema dari segala keburukan dan kekotoran yang sudah sebati sekian lama. Semoga agama, bangsa dan negara kita akan bertambah aman dan makmur selepas ini. Barulah istihar keluar UMNO dan masuk PAS.

Saya rasa ahli UMNO tak banyak yang masuk PAS mereka lebih suka kepada BERSATU atau PKR. Mungkin juga DAP. Tak ada rasa masuk parti AMANAH kerana pasrti itu PASU BUNGA sahaja dalam PAKATAN HARAPAN.
Memang pencuri, perompak wang rakyat takkan nak masuk parti lebai. Kena derma dan sedekah. Kena tamrin dan qiamullail. Kalau ada pun sedikit. Mereka akan cari pencuri dan permpak lain untuk bernaung.

MR : Sedang melihat drama bagaimana kesudahannya penyamun akan membicarakan perompak wang rakyat....

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Mahkamah people tak ada SOP. Keputusan boleh dibuat berpandukan persepsi, sentimensi dan emosi semata2.

    Makanya Penyamun tak perlu kumpul bukti, saksi dan juri kalau nak bawa Perompak pergi mahkamah people.

    PH telah berjaya mensabitkan kesalahan 1Mdb dalam mahkamah people.

    Sabitan itu secara tidak langsung mematikan reputasi dan seterusnya kekuasaan parti Melayu.

    Kalau nak bina semula reputasi, ia tidak mungkin berlaku dalam satu generasi. Mungkin 10 tahun atau lebih.

    Jalan pintas dan pantas ialah menumpang parti yang masih ada reputasi atau bekerjasama ke arah menang-menang.

    Kalau PH jadi pilihan itu bermakna parti Melayu mengakui akan dakwaan dan tuduhan dan tidak mahu meneruskan mantra: "lawan tetap lawan"

    Parti Islam tak perlu teruja dengan golongan yang mudah menyerah kalah. Jadilah penaung buat pejuang yang ikhlas, konsisten dan tidak pentingkan diri saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik komen tuan.. Saya setuju... Tapis dulu org2 umno yg nak masuk pas.. Jgn jd mcm mike tyson tu.. Cari makan pya kaki.. Biaq yg nak masuk pas ni org yg paham perjuangan pas di dunia ni.. Perjuangan pas smp ke akhirat.. Kemenangan yg menaikkan islam di mata rakyat. InsyaAllah semoga kita semua Istiqamah hingga kemenangan.. Aamin..

      Padam
  2. Pakatan menang PRU 14 pun kerana barua-barua @ cybertrooper ternakan pakatan sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah seperti UG, rasuah RM90 juta, dedak UMNO, penunggang agama, khadam UMNO dll untuk menfitnah, memburukkan dan menghina ulama Islam, parti Islam PAS dan perjuangan Islam supaya rakyat membenci PAS dan perjuangan Islam.

    Barua @ cybertrooper dan pemimpin pakatan juga menabur pelbagai janji palsu dalam manifesto pakatan sendiri. Maka rakyat yang jahil murakkab terpedaya dengan semua fitnah dan janji pakatan menyebabkan mereka mengundi pakatan dan menolak perjuangan Islam yang dibawa oelh PAS dan UMNO.

    Akhirnya puak pakatan berjaya membentuk rejim pakatan yang sengaja memungkiri pelbagai janji pakatan dengan mencipta pelbagai alasan bodoh. Dan pengundi-pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja.

    Sekarang kita menyaksikan kezaliman dan sikap prejudis rejim pakatan terhadap agama Islam dan umat Islam. Dan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi semakin berani menghina dan melakukan provokasi terhadap agama Islam, ulama Islam, institusi Islam, Agong dan umat Islam.

    Musuh-musuh Islam telah mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan Islam dan mahkamah Syariah dan peruntukan untuk program Islam secara terbuka.

    Dan prejudis rejim pakatan terhadap agama Islam dan umat Islam semakin jelas apabila 17,000 kakitangan awam dan ustaz dan ustazah yang terdiri dari kaum Melayu Islam dipecat , peguman negara Melayu dipecat dan digantikan dengan peguam kafir dengan alasan konon kaum Melayu tidak bermoral. Ini bererti rejim pakatan telah menghina kaum Melayu Islam.

    Dua orang hakim-hakim Melayu pula diarahkan meletakkan jawatan membuktikan rejim pakatan campurtangan dalam sistem kehakiman negara. Sepatutnya rejim pakatan tidak boleh mengganggu sistem keadilan di negara ini.

    Dan sekarang parti kafir roket pula mencadangkan kepala bapak evangelis menjadi speaker parlimen sedangkan kita semua mengetahui kepala bapak evangelis tersebut mahu negara ini diperintah mengikut ajaran Kristian berdasarkan bukunya sendiri. Kita juga tahu dia disokong dan dbiayai oleh gerakan kristian dalam PRU.

    Sikap rejim pakatan sengaja memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan membuktikan rejim pakatan adalah rejim munafik dan semua janji pakatan telah dihumban ke Lautan Pasifik.

    Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)

    Akhirnya barua, penyokong dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sendiri. Semua barua, penyokong dan pengundi pakatan telah menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai. Kasihan !

    Oleh sebab itu, marilah kita smeua umat Islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran Islam dan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan PAS berjuang membela dan menegakan agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

    BalasPadam