Cukai pendapatan kenapa tak kenakan kurang untuk pembangkang?
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.
Bagaimanapun, Mahathir berkata jumlah peruntukan itu sedikit berbeza daripada pusat.
"Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah. RM500,000 untuk kita dan RM100,000 kepada mereka,” katanya.
Ini kali pertama anggota Parlimen pembangkang diberi peruntukan. Sebelum ini, kerajaan BN hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang bayaran.
Pada sidang media itu, Dr Mahathir juga mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan Harapan dalam manifesto menjanjikan keadilan untuk semua, tapi masih ada jiwa UMNO dalam diri mereka apabila membezakan pilihan rakyat. Apakah mereka tidak sedar bahawa ada rakyat pilih mereka dan ada juga rakyat memilih pembangkang. Jika kamu tidak adil dalam melaksanakan tanggungjawab bagaimana kamu nak mengatkan diri kamu lebih baik daripada UMNO dan BN.
RM200,000 untuk pusat khidmat Harapan tatapi tak ada untuk pembangkang. Habis dimana rakyat dikawasan pembangkang berkenaan nak dapatkan peruntukkan. Mana sifat keadilan untuk rakyat yang kamu laungkan sebelum PRU-14 lalu. Apa beza dengan UMNO kalau kamu juga zalim macam UMNO?
Bila rakyat jatuhkan Najib dan UMNO bukan bermakna rakyat nak kamu jadi perangai macam Najib dan UMNO.
Yang peliknya bila kamu ambil cukai pendapatan daripada rakyat kamu tak tanya pula siapa pembangkang atau tidak. Oleh itu pembangkang hanya dikenakan 20% sahaja cukai pendapat sepatutnya kerana mereka tak dapat nikmat hasil duit kerajaan kerana kebodohan kamu membuat kiraan dalam politik.
Lagi satu kamu ingat semua kawasan pembangkang tak ada pengundi Pakatan Harapan. Kenapa kamu jadi bodoh dalam hal pembahagian peruntukan. Bila selesai sahaja PRU, kamu sepatutnya lupa parti dan lihat rakyat sebagi subjek utama untuk dibantu. Kamu kena adil kepada semua mereka yang dipilih oleh rakyat tanpa mengira parti mana.
Lagi malang kalau kamu ada penyokong yang bodoh dalam memahami apa itu kerajaan berpelembagaan dan negara demokrasi, rakyat sebagai kuasa penentu. Adakah kamu nak buat rakyat terpaksa pilih kamu bagi mendapat habuan?
Mereka ingat kamu macam Najib dan BN bila memang rasa harta kerajaan macam harta kamu.
Malang kalau kamu buat perangai macam ini. Rasanya 5 tahun sudah cukup untuk berada di bawah kamu, mungkin lebih baik sedikit daripada Najib dan UMNO tapi kamu sebenarnya serupa sahaja.
ABBAS MOHD NOOR
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR
BN 2.0
BalasPadamBiaq pi lar. Lagipun PRU 14 telah membuktikan wang bukan segala galanya. Wang bukan faktor penentu kemenangan. Kalau rakyat hendak tolak, akan tertolak jua.
BalasPadamSemoga Allah beri kemenangan kepada Islam. Ya Allah, berilah taufuq dan hidayah kepada semua pengundi di Malaysia untuk memilih Islam sebagai pemerintah.
BalasPadamKerajaan pusat huloq ciput iaitu 100k. Defisit 400k. Defisit itu boleh ditampung oleh kerajaan negeri mungkin?
BalasPadammampuii lah cam ni...satu utk kau lima utk aku
BalasPadamini lg teruk drpd penyamun bujang lapokk...pthuiii
Padamlebih teruk drpd penyamun bujang lapuk ni...pthuiii
PadamDengan rakyat tak menyokong pun dendam dengan kaki tangan awam yang menyokong pun dibuang kerja...aku nak ucapkan tahniah untuk penyokong yang dibuang kerja.wa ka ka atok ikut cakap dap cu...maaf ye.
BalasPadambukankah sepatutnya semua sama sahaja menerima peruntunkan baik mp kerajaan atau mp pembangkang...
BalasPadamKita dh tau dr dlu madey dendam kesumat ad dalam hati dia
BalasPadam