Header Ads

ads header

Flash News

DBKL dipaksa lulus 80 lot tapak bazar kepada Pemuda PPBM


 KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalahkan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun atas isu lot bazaar Ramadan di Jalan Masjid India.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, beliau dipaksa meluluskan permohonan lot bazaar daripada pemimpin Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim, selepas menerima surat sokongan Fong.

“Pada mulanya kami kata tidak, tetapi beliau (Noorhisyam) terus mendesak kami dan kami hanya mengalah selepas mendapat surat sokongan ahli Parlimen Bukit Bintang,” kata Anwar kepada The Star.

Anwar berkata demikian susulan laporan berhubung “skandal bazaar Ramadan” di Jalan Masjid India membabitkan Noorhisyam, yang didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot.

“Kami juga bersetuju selepas beliau mendakwa hanya berbuat demikian untuk membantu orang miskin mendapatkan wang untuk Hari Raya.”

Anwar berkata, menurut laporan The Star, DBKL menjelaskan kepada Noorhisyam yang beliau perlu memastikan mendapat kerjasama pemilik premis di Jalan Masjid India.

“Tiada lagi ruang untuk lot baru di sana, tetapi kami benarkan mereka mendirikan gerai dekat kawasan Maybank, selagi ia tidak mengganggu aliran trafik.”

Katanya, DBKL membatalkan sistem lama peruntukan lot bazaar bagi parti politik pada 2014. Sistem lama itu berdepan kontroversi, dengan pelvagai pihak mendakwa wujud rasuah dan nepostisme, menurut laporan itu.

The Star melaporkan pegawai DBKL sering didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memberikan lot kepada kenalan dan kroni yang kemudiannya menyewa atau menjualnya kepada pembida tertinggi.

Laporan itu turut memetik Ketua PPBM Bukit Bintang, Zailani Isausuludin yang berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu itu.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. DNA umno camtula..hihihihi
    Klu PAS buat camni memang kena ludah ngn aku..
    Tapi alhamdulillah PAS kekal dgn pegangan Islam

    BalasPadam
  2. Pas jangan lah ego tinggi dan merasa parti sendiri sahaja yang islamik demi melayu dan islam bersatu la dibawah pakatan melayu islam dengan umno untuk mengalahkan golongan kafir dan munafik.Tidak semmua penyokong umno jahat dan perlu dipandang rendah selama ini dibawah bn yang diketuai umno negara malaysia maju lebih daripada negara2jiran di Asia tenggara bandingkan lah dengan indonesia dan filipina.

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 17 Jun 2018 10:35 ptg...KENAPA TAK MINTA UMNO YG JOIN PAS & GAGASAN SEJAHTERA??? @ LEBIH TEPAT AWAK MINTALAH PENYOKONG UMNO AJE YG SERTAI PAS???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memandangkan masing masing ego tinggi walaupun melayu islam bersatu dibawah satu pakatan lah tak payah nak bubar bubar...dulu pun Pas masa dibawah PKR dan ber gang dengan dap boleh pulak.Syukur alkirnya keluar dan Allah bagi kemenangan didua negeri...jadi tidak mustahil jika bersatu dengan Umno Allah bagi kemenangan lagi besar satu negara akan dimiliki.Dengan syarat buat kerana Allah dan ketepikan ego.

      Padam