Header Ads

ads header

Flash News

Enam lagi jenama sardin ditarik balik - KKM


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


MR : Masalahnya KKM tak edar barangan yang bermasalah secara jelas dan meluas menyebab masyarakat tak dapat maklumat secara menyeluruh....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Adalah menghairankan kalau pengguna yang terlebih dahulu mengesan pencamaran dan bukan pihak berwajib. Walhal pihak berwajib yang sepatutnya mendahului pengguna.

    Sardin bukanlah satu2nya isu dalam konteks di atas. Sebelum inipun ada kilang yang mencemarkan udara di PP yang mana pihak berwajib dan pemerintah negeri pejam dua belah mata.

    BalasPadam