Golongan liberal Harapan menyerang ulama dalam forum di UM
PETALING JAYA: Pengarang kontroversial Faisal Tehrani menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji sama ada golongan Islam tradisional mempunyai tempat dalam Malaysia baru.
Bercakap dalam forum di Universiti Malaya, Faisal berkata, banyak perkara yang diketengahkan kelompok Islam tradisional nampaknya tidak selari dengan idea negara lebih terbuka dan demokratik.
“Mereka tidak percaya kepada kesaksamaan dalam politik, mereka percaya ulama lebih mengetahui, mereka percaya lelaki lebih layak memimpin dan lebih baik untuk umat Islam menjadi menteri.”
Beliau mengingatkan PH, minoriti agama mengundi gabungan itu dengan harapan hak mereka akan dilindungi pada saat kerajaan Barisan Nasional kelihatan cenderung kepada idea Islam lebih tegar.
Faisal percaya cara Malaysia melayan minoriti agama pada masa depan akan ditentukan keputusan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi melihat hala tuju masa depan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Islam tradisional percaya undang-undang dan fatwa berdasarkan sumber agama adalah suci dan tidak boleh dipertikaikan.”
Bagaimanapun, katanya, rukun agama tidak harus dijadikan undang-undang, dan jika ia dijadikan undang-undang, maka keputusan itu mestilah dibuat berdasarkan persetujuan orang ramai.
Beberapa tahun kebelakangan ini, penggubal dasar negara terbabit dalam kontroversi undang-undang syariah dan sivil, terutama dalam hal ehwal keluarga melibatkan pasangan bukan Islam.
Pemimpin agama turut menuntut Mahkamah Syariah diletakkan setaraf dengan mahkamah sivil, sementara pemimpin PAS memperjuangkan pemerkasaan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, termasuk pelaksanaan hukuman hudud bagi kesalahan jenayah.
Faisal Tehrani ialah nama pena Faizal Musa, felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tujuh buku karyanya diharamkan kerajaan kerana dianggap “ancaman kepada keselamatan negara” dengan 4 novelnya diharamkan kerana mengandungi unsur Syiah, mazhab yang dianggap “sesat”.
Januari lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan pengharaman tersebut.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR
Syiah berwajah Islam Liberal mula bersuara.
BalasPadamTahniah kepada pengundi Parti Punah Harapan saham keakhirat anda makin jatuh menjunam.Sebelum pilihanraya serangan kepada melayu dan lepas pilihan raya serangan tersusun terhadap islam dan raja raja melayu.
BalasPadamBila sebut minoriti mahu hak mereka dilindungi..:
BalasPadam1) cuba perincikan hak2 tersebut
2) hak mereka yg manakah yg telah dicabuli?
*jgn tembak peluru angin..
Aku kutuk dan sumpah PAN jika kamu bacul sekadar jadi pasubunga.
BalasPadamApa nak dikata... rakyat dah memilih... apa akan berlaku 5 tahun lagi? Nik Abduh pernah bagitau UMNO kejahatan yg dah jelas, PH masih disembunyikan kejahatan pada masa itu. Dengan pelbagai fitnah dan persepsi yang dilemparkan terhadap PAS... ramai boleh jangka ini KERAjaan lebih rosak dari UMNO
BalasPadamiblis makin menunjukkan wajah mereka
BalasPadamBetapa biadabnya manusia liberal-Syiah menfitnah dan menghina agama Islam dan ulama Islam di negara di mana umat Islam adalah rakyat majoriti (67%).
BalasPadamInilah akibatnya apabila sebilangan manusia Melayu yang jahil telah mengundi pakatan sekular liberal-kafir harbi tanpa memikirkan akibat buruk jangka panjang ke atas agama Islam dan umat Islam.
Undi Melayu jahil telah menyebabkan puak sekular liberal dan puak kafir harbi boleh membentuk rejim pakatan yang berkuasa untuk menindas agama Islam, ulama Islam, institusi Islam dan umat Islam.