Header Ads

ads header

Flash News

Jangan sanggup tanggung dosa orang lain!


BEKAS Perdana Menteri Najib sudah jadi macam Tunku Abdul Rahman Putra sanggup menanggung dosa orang lain.

Semasa jadi Perdana Menteri dulu Tunku sanggup menanggung dosa sekalian orang yang duit keuntungan loteri masyarakat atas tujuan agama Islam seperti membina dan membantu kelengkapan sekolah agama rakyat dan lain-lain.

Demikian reaksi Tunku atas bantahan umat Islam isu itu. Ulama yang memfatwa wajar duit itu diguna ialah dari ia banyak digunakan oleh agama lain, baiklah ia digunakan juga untuk kebajikan Islam.

Najib pula di akhir pentadbirannya menghantar imam dan pegawai masjid menunaikan haji dengan duit 1MDB. Hingga ada yang mentakwilkan sahkan haji 1MDB itu? Ada yang membandingkan haji dengan duit loteri sah tapi tak elok. Jika ibarat itu digunakan haji 1MDB itu sah tapi adakah dapat haji mabrur?

Untuk dapat haji mabrur pak-pak haji 1MDB itu eloklah cari duit yang elok menunai haji sunat pula!

Apapun sama ada berdosa atau tidak menggunakan duit yang dipertikai itu untuk tujuan ibadat biar tok-tok mufti menjelaskannya. Tetapi bagi orang Islam tidak elok menanggung dosa orang lain. Dosa kita sendiri sudah tidak tertanggung, maka tambah lagi dengan menyanggupi dosa orang lain.

Kita dikehendaki mengumpul sebanyak pahala atas setiap yang kita lakukan dan menumpang pahala dari ibadat orang lain yang ada hubungannya ibadat mereka berpunca dari kebaikan kita. Jangan sekali kita beroleh dosa atas apa juga kerja kita.

Kita dianjurkan sentiasa mohon keampunan Allah jika di luar sedar kita berdosa dari kerja kita. Sama ada kita terlibat dosa atau tidak kita disuruh taubat sepanjang masa. Nabi SAW yang maksum itu beristighfar 70 kali sehari. Maka yang tidak maksum sentiasa mohon diampun Allah.

Tidak disuruh sama sekali kita menanggung dosa orang lain. Jika orang lain berdosa kerana kita, maka kita mesti minta maaf kepadanya dan mengingatkan orang itu supaya minta taubat dari Allah atas kejadian itu. Jika Alllah tidak ampunkan mereka, maka payah bagi bebas dari dosa itu.

Dan dengan mereka tidak taubat, kita sanggunp tanggung dosa mereka, mereka tidak lepas dari dosa itu dan dosa itu tetap kita tanggung sebab kita sudah menyanggupinya. Jangan fikir sesudah kita sanggup tanggung dosa mereka, mereka bebas dari dosa itu.

Jika menghantar haji 1MDB itu tidak berdosa, tetap kena minta juga keampunan Allah dan dengan demikian kita dapat mengumpul sebanak-banyak pahala daripadanya. Najib akan dapat pahala haji sama banyak dengan pahala haji setiap orang. Jika dia hantar 100 orang, Najib akan dapat 100 pahala haji dan setiap orang tidak luak pahala hajinya.

Tetapi apabila didapati tidak betul, bahkan mendatangkan dosa, maka kita cepat-cepat bertaubat dan minta sekaliannya mohon ampun jika mereka juga mendapa dosa sambil minta sama-sama berdoa moga-moga diampunkan dosa kita itu. Jangan sekali-kali senangkan hati mereka dengan janji sedia menanggung segala dosa itu!

Allah Maha Pemurah dan Maha Pengampun, dengan taubat itu moga-moga ia diterima sebagai taubat nasuha.

Makhluk yang sangat suka menanggung dosa orang lain ialah iblis. Dijanjikannya kepada sekalian manusia, semua yang dibisikkannya adalah berpahala. Semuanya dosa dan kembalinya adalah neraka. Kerjanya mahu semua masuk neraka bersamanya, kerja kita supaya semua terlepas dari dosa. Mengambil dosa mereka tak melepaskannya dari dosa.

SUBKY LATIF
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Hanya Allah yang maha mengetahui samaada haji yang ditaja 1 mdb itu Allah terima atau tidak.Tak perlu untuk kita menentukan dosa atau pahala bagi yang mengerjakan haji dengan tajaan 1mdb.Siapa la kita ..cuma hamba Allah yang serba kekurangan.

    BalasPadam
  2. setuju..sapa kita..apa hak kita..nak pertikaikan haji seseorang tu mabrur ke tak...IMDB...merupakan syarikat yng berpotensi...tetapi telah difitnah disalah ertikan..sehingga semuanya nampak mcm tak betul semuanya mcm tak kena...tak pe Allah kan ada...semuanya terbukti juga..akhirnya...ingat sekarang dah mmg akhir zanan..si penfitnah si penipu dijulang menjadi pemimpin..yng ikhlas yng berkorban berusaha utk rakyat di guling dijatuhkan...contoh Sadam dan Muammar Gadafi now DS Najib

    BalasPadam