Header Ads

ads header

Flash News

Kerana Khabar Angin WhatsApp, 2 Lelaki Maut


GARA-GARA percaya khabar angin disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, sekumpulan penduduk telah membelasah dua lelaki hingga maut selepas mereka dituduh sebagai penculik kanak-kanak.

Ketika kejadian, mangsa, Nilotpal Das dan Abijeet Nath yang berasal dari Assam, India, dalam perjalanan ke sebuah kawasan air terjun.

Semasa dalam perjalanan, mereka telah berhenti dan bertanyakan arah ke kawasan air terjun tersebut kepada penduduk setempat. Malangnya mereka telah diheret, diikat, ditendang dan dipukul dengan kayu.

Malah dalam rakaman video yang disebarkan itu, Nilotpal sempat merayu agar dia dan kawannya tidak dipukul.


“Tolong jangan bunuh kami. Tolanglah. Saya berasal dari Assam. Percayalah. Saya bercakap benar,” katanya. Dia turut memberikan nama ibu bapanya sebagai bukti tetapi mereka tetap dipukul.

Penduduk di situ mengesyaki mereka sebagai penculik hanya disebabkan kedua-duanya berambut panjang.

Ketika polis tiba, kedua-duanya sudah berlumuran darah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Susulan itu, 16 orang sudah ditangkap termasuk individu yang merakamkan gambar mangsa dipukul dan kemudian menyebarkan rakaman terbabit.

Bulan lepas, enam orang telah dibunuh dalam insiden berasingan yang dicetuskan oleh khabar angin menerusi WhatsApp mengenai kumpulan culik kanak-kanak.

Paling mengejutkan apabila seorang wanita berusia 55 tahun dipukul hanya kerana dia memberikan coklat kepada kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

MR :  Rakyat Malaysia pun sama walaupun lulusan U tapi tahap pemikiran sama dengan dunia yang mundur percaya juga kepada fitnah. Malah ada yang jadi tukang sebar fitnah.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. zaman ni zaman fitnah...apa saja boleh dibuat cerita...jadi hati2 la kpd yg membaca dan menyebar berita..

    BalasPadam
  2. Orang pandai, orang cerdik , orang bijak, orang berakhlak tak sama, sebab itulah nabi kita diutus untuk membaiki dan menyempurnakan akhlak, walau manuasia sudah cerdik, pandai dan bijak. Contoh abu lahab digelar abul hakam kalau sekarang boleh di gelar bapa segala profesor tapi dalam quran dijamin masuk neraka

    BalasPadam