Header Ads

ads header

Flash News

Lantikan speaker DUN: PAS tawar kerajaan perpaduan di Kedah


PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata bagaimanapun parti itu berharap agar jalan penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.

“Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Kali Ke-45 Tahun 2018 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Bharu, hari ini.

Kerajaan minoriti

Beliau berkata konsep Kerajaan Perpaduan ini telah banyak diamalkan di negara-negara lain yang turut mengamalkan demokrasi.

Katanya langkah itu boleh diambil bagi mengelakkan pembaziran wang jika PRN diadakan terutama selepas berlakunya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bulan lepas.

Selepas sebulan PRU14 berlangsung, kerajaan Kedah pimpinan HARAPAN masih belum mengumumkan Speaker DUN kerana hanya berjaya membentuk kerajaan minoriti di negeri tersebut.

Ia selepas HARAPAN mendapat 18 kerusi DUN manakala PAS menguasai 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN), tiga kerusi.

Keadaan itu mewujudkan keadaan yang seimbang antara kerajaan dan pembangkang kerana DUN Kedah mempunyai kerusi yang genap.

-Bernama


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. PM4 dulupun bukan suka2 berkongsi kuasa dengan para cauvinis dan golongan kiasuan tapi perubahan landskap dan demografi mengubah pegangan lama menjadi baru.

    Kalau orang lama boleh dilahirkan baru, orang baru sepatutnya lebih dinamis dan tidak lebih jumud dari orang lama.

    Fikir fikirkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong..
      Kerajaan perpaduan adelah yg terbaik...

      Padam
  2. Utk elak pembaziran ..baik wujud Kerajaan perpaduan

    BalasPadam