Header Ads

ads header

Flash News

MB Nasihat Berhati-hati Pulang Beraya


 Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati supaya anak-anak Terengganu di perantauan berhati-hati ketika pemanduan sepanjang perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.

Beliau juga mengingatkan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur khususnya, mengawasi pemanduan masing-masing terutamanya pada waktu malam agar tidak berlaku kecelakaan di jalan raya.

“Saya menyeru seluruh anak-anak perantau dari pelbagai tempat, jauh atau dekat supaya pulang dan memandu dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah dan sekiranya penat berhenti rehat.

“Bersabar ketika memandu dan bersabar juga dengan karenah pengguna jalan raya yang lain. InsyaAllah kita dapat pulang dan berhari raya dengan lebih ceria bersama anggota keluarga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Raya Kepada Anak Yatim dan Miskin di Pasaraya Ku, Marang, hari ini.

Majlis anjuran Dewan Pemuda Pas Rhu Rendang dan PPD Rhu Rendang yang mendapat kerjasama Pasaraya Ku Trading Sdn Bhd itu telah meraikan 50 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Rhu Rendang apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Ku, Marang.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Tengok2an harga daging. Kat sini (pantai barat), harga daging sekilo RM 40. Tulang + daging RM 38. Tulang saja tak dijual. Hmm, nampaknya raya tahun ini makan kerabu perut + tomato saja. Harap tak sakit perut.

    Waaaaa!

    BalasPadam
  2. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

    (Al-Hajj 22:41)

    BalasPadam