Header Ads

ads header

Flash News

Najib Alu Penyiasatan Secara Telus, Terbuka Projek MPP Dan TSGP


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap dua projek iaitu projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Najib yakin semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan dengan rundingan dan pelaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

“Saya turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain.

“CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China - China National Petroleum Corporation,” katanya dalam catatan Facebook dan Twitternya, malam ini.

Beliau menjelaskan kedua-dua projek saluran gas yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia itu telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan dengan kerajaan China.

Najib berkata beliau dan Perdana Menteri China Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi projek saluran gas itu bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, tahun lepas.

Beliau juga berkongsi bahawa pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

“Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita,” katanya.

Najib mengingatkan agar lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Lim hari ini dilaporkan meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, dan Najib untuk menjelaskan mengenai perjanjian yang berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion ditandatangani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei, 2016, dengan tujuan khusus untuk melaksanakan projek MPP dan TSGP.

-- BERNAMA

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Menteri kewangan rasanya tidak perlu terlalu gopoh untuk buraikan kepada rakyat. Ada baik siasat terlebih dahulu. Jika terbukti ada penyelewengan baru dedah kepada rakyat. Ini baru jumpa dan dedah, dikhuatiri akan memakan diri.

    BalasPadam
  2. terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata Bloomberg tembak balik

    BalasPadam
  3. Itu lah sikap kafir yang penuh gelojoh dan dendam.Kerajaan baru kerajaan Dap ..gua punya suka la.

    BalasPadam
  4. DSN tahu tak dia berurusan dg siapa nak minta penyiasatan yg telus dan adil

    BalasPadam
  5. Menteri kewangan rasanya tidak perlu terlalu gopoh untuk buraikan kepada rakyat. Ada baik siasat terlebih dahulu. Jika terbukti ada penyelewengan baru dedah kepada rakyat. Ini baru jumpa dan dedah, dikhuatiri akan memakan diri.

    BalasPadam
  6. LGE mau cover kes Bungalow dan terowong

    BalasPadam