Header Ads

ads header

Flash News

Najib jawab isu duit 114 juta, 1MDB, Altantuya, Jho Low & Berlian


LANGKAWI: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap dengan pemberita Reuters untuk temubual pertama sejak kekalahan pilihan raya 9 Mei, dan berbual panjang tentang skandal 1MDB, ratusan beg tangan mewah dan aset lain yang dirampas pihak berkuasa daripadanya, dan bagaimana dia berdepan siasatan itu.
Berikut sorotan temubual itu.

Tentang skandal 1MDB:

“Saya tidak dapat manfaat daripada 1MDB, kerana saya percaya 1MDB diwujudkan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk negara.
“Kalau saya tahu akan berlaku penggelapan dana, jika saya tahu tentangnya, saya akan bertindak.”
Tentang sama ada dia salahkan masalah di syarikat itu pada lembaga 1MDB:

“Tak. Prinsip umumnya ialah jika mereka tahu ada sesuatu yang tidak betul, jadi mereka ada tanggungjawab untuk memberitahu saya…lembaga syarikat dan pihak pengurusan ada tanggungjawab untuk melakukan perkara yang betul. Saya mengharapkan mereka melakukan perkara yang betul dan mengikut undang-undang.”

Tentang ahli perniagaan Jho Low:


“Kita tiada kawalan ke atas apa yang dilakukannya. Saya tidak boleh membuat sebarang penilaian. Tetapi ada perkara-perkara tertentu yang mungkin dilakukannya atau mungkin tidak dilakukannya. Namun begitu, saya bersetuju siasatan harus diteruskan dan jika ada mana-mana orang didapati melanggar undang-undang, biarlah undang-undang yang mengadilinya.

“Tidak, dia bukan bekerja bagi pihak saya. Dia tidak pernah menggunakan nama saya untuk semua perkara itu, tetapi dia ada mengatakan dia bertindak untuk orang lain.”

Ditanya Jho Low bertindak untuk siapa, Najib menjawab: “Anda perlu tanya soalan itu pada dia.”

Tentang barang kemas, termasuk set berlian merah jambu untuk isteri:


“Saya tidak tahu dari mana sebenarnya sumber dana untuk barang-barangan itu. Apa yang saya tahu ialah apabila saya bertanyakan isteri saya tentang perkara itu, dia jawab ada satu ketika ia sepatutnya hadiah untuknya. Tetapi dia tidak pernah menerimanya.”

Tentang mengapa dia tidak bercakap panjang lebar tentang dakwaan berkaitan 1MDB sebelum ini:


“Semua perkara itu berlaku di luar Malaysia. Jadi ada kesan-kesan antarabangsa jika saya bercakap tentangnya, kerana saya akan namakan beberapa orang ternama tertentu yang mungkin boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kita. Atas sebab itu saya menahan diri daripada bercakap tentangnya.”

Tentang sama ada anak tiri menggunakan dana 1MDB untuk menghasilkan filem:


“…Saya juga ingin katakan bahawa Riza telah melakukannya dengan baik sekali…filem-filem itu, jualan laris mencecah lebih AS$800 juta. Jadi ia bukan kena-mengena dengan salahguna. Ia ada kena-mengena dengan keuntungan. Tetapi sumber dana itu sedang disiasat. Jadi, saya rasa elok kita tunggu hasil siasatannya.”

Tentang AS$681 (RM2.6 billion) juta yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib pada 2013:


“Memandangkan pilihan raya akan diadakan, saya tidak mahu dapatkan dana daripada syarikat kerana mereka akan harapkan sesuatu sebagai balasan. Jika saya ada sumber dana, bolehlah saya biaya pilihan raya itu dan saya boleh juga melakukan kerja-kerja CSR (tanggungjawab sosial korporat) tanpa rasa terhutang budi pada sesiapa. Itulah niat sebenar saya, dan saya menganggap tiada masalah.”

Tentang pilihan raya:

“Saya ada nampak tanda-tandanya. Saya tak jangka ia akan menimpa sebegini teruk. Saya sangkakan kita mungkin akan tewas di beberapa kerusi tetapi saya tak sangka keputusan sebegitu dramatik, seperti satu bencana.

“Pengalaman ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam, bagi sebuah parti berkuasa sejak ia ditubuhkan lebih 60 tahun lalu. Sejarah Malaysia ini secara asasnya ialah sejarah Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka (pembangkang) lempar pelbagai dakwaan-dakwaan yang sangat cabul untuk memfitnah saya dan kerajaan. Malangnya selepas beberapa ketika, ia mengubah pandangan orang ramai.”

Tentang perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad:


“Dia kenal BN, dia kenal perkhidmatan awam. Dia mengenali semuanya tentang sistem ini jadi dia beroperasi dari dalam dan dari luar, jadi pengetahuan itu beri kelebihan kepadanya.

“Dia seorang yang cerdik kerana dia boleh simpulkan sesuatu dalam bahasa yang sangat mudah untuk disampaikan berulang kali. Satu lagi perkara yang buat saya rasa sedih ialah kita bukannya kalah kepada agenda yang lebih hebat.”

Tentang wang tunai RM114 juta yang dirampas daripadanya:


“Saya kekal pertahankan wang itu sumbangan yang tulen, kerana serbuan berlaku 2 hari selepas pilihan raya umum. Selaku presiden parti, saya perlu melakukan persiapan untuk pilihan raya dan pilihan raya memerlukan banyak wang.

“Pada masa pilihan raya sumbangan dibuat secara tunai. Masa pilihan raya anda tidak serahkan cek kerana orang mahukan wang tunai. Dari situlah wang itu kemudian diagihkan sewajarnya.”

Tentang pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu:


“Kes Altantuya sudah diselesaikan. Sama sekali tidak ada bukti menunjukkan saya ada bertemunya, tidak ada rekod, tidak ada gambar atau saksi mengatakan saya mengenalinya. Kes itu diadili dalam perbicaraan yang dijalankan seperti sepatutnya dan nama saya tidak sekalipun disebut dalam perbicaraan itu.

“Turut dicatatkan saya bersumpah di masjid atas nama Allah yang saya tidak mempunyai kaitan dengan kes itu.”


MR : Kita tunggu pula apa ulasan Pakatan Harapan, terutama Mahathir ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. InsyaAllah..DS Najib...Allah kan ada...orang yng difitnah diadu domba..akan Allah lindung...kami orang Umno..sentiasa mendoakan utk DS Najib sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan sampai bawa tilam tak ada harapan

      Padam
  2. Berani buat berani tanggunh...xbersalah selagi x dibuktikan di mahkamah..skrg rkyat nk tau kos sara hidup dh turun belom..pekerjaan utk siswazah yg mngnggur mcmn..dh selesai ke mslh rkyat..sbb itu yg dicanangkn oleh ph..bongkar..bongkar jg..mslh rkyat kena atasi cpt..

    BalasPadam
  3. Bila tak mampu membina, ranai akan mula membosan, mengherdik yakni ia satu petanda buruk dan sekaligus kemampuan dipertikaikan.

    Apa yang boleh ialah korek dan korek. Ini kerja lebih mudah dari membina. Harap2 ramai akan 'terhibur' dan terbuai.

    BalasPadam
  4. Yang 114 juta adalah baki perbelanjaan PRaya. Itu baki yang ada di satu pihak yang kebetulan dapat diketahui. Bagaimana dengan baki di tangan lain2 pihak terutama pihak yang menggondol PutraJaya? Apakah ketidaktelusan dalam hal penerimaan tajaan akan dibiarkan begitu saja. Tang mana barunya Malaysia dalam sudut ini?

    BalasPadam
  5. semoga Allah Taala tidak menurunkan bala keatas kita semua Aminn

    BalasPadam