Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan tunjuk belang


KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula menampakkan ciri-ciri diktator apabila mengugut 1.6 juta kakitangan kerajaan supaya menyokong kepemimpinan pakatan berkenaan, jika tidak tidak mahu berdepan dengan tindakan tegas.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam kenyataannya berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail sendiri mengingatkan semua penjawat awam supaya menyokong kerajaan atau kemungkinanan dikenakan tindakan termasuk buang kerja.


Berikut kenyataan penuh

1. Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menampakkan ciri-ciri diktatornya apabila Menteri-menteri Kabinetnya mula mengugut penjawat awam dengan pelbagai cara, sekali gus bertentangan dengan harapan rakyat yang mahu sebuah kerajaan yang bersih.



2. Timbalannya, Datin Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan semua penjawat awam di seluruh negara agar menyokong kepimpinan Pakatan Harapan atau kemungkinan dikenakan tindakan, termasuk buang kerja.



3. Datuk Seri Azmin Ali pula mengugut ketua dan pegawai agensi kerajaan yang disyaki melakukan salah laku agar meletak jawatan atau disingkir.



4. Ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional yang mengamalkan demokrasi berpolitik dalam kalangan penjawat awam.



5. Hak menyokong mana-mana parti di luar Barisan Nasional (BN) amat dihormati, asalkan mereka bertugas mengikut aturkerja yang digariskan untuk mereka, iaitu berkhidmat kepada rakyat.



6. Ini bertentangan dengan taktik ugutan PH kepada penjawat awam yang seramai 1.6 juta orang agar menyokong mereka, dan bukan menjadi ahli parti-parti lain.



7. Inikah bentuk demokrasi dan hak individu yang dilaung-laungkan oleh PH selama ini? Adakah selepas ini mereka akan mensyaratkan semua pemohon jawatan awam perlu disiasat latar belakang politik mereka sebelum diterima bekerja.



8. Setelah ribuan kakitangan di bawah kerajaan dibuang kerja selepas PRU14 yang lalu, adakah mereka juga akan membuang hampir separuh kakitangan awam yang menyokong atau menjadi ahli parti lain, termasuk UMNO.



9. Adakah kakitangan berpakaian seragam seperti polis dan tentera yang mengundi BN pada PRU14 akan dikenakan tindakan disiplin dan buang kerja?



10. UMNO melihat perkembangan ini dengan penuh gusar. Rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan kerajaan tidak ada pilihan selain menjadi ahli PH agar ‘dapur mereka berasap’. 


11. Bagi yang ingin menyertai sektor awam pula akan dikenakan tapisan politik sebelum diambil bekerja. Ini lebih teruk dari sistem sosialis dan menjengkelkan.



12. Apakah Azmin sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi akan terus mengugut penjawat awam, khususnya di agensi milik kerajaan, agar meletak jawatan beramai-ramai walaupun hanya disyakki salah laku?



13. Mereka nampaknya diberikan dua pilihan - sama ada menyokong PH untuk kelangsungan hidup mereka atau meletak jawatan atas syak wasangka.



14. Mungkinkah ini cara halus Dr. Mahathir untuk mengecilkan perkhidmatan awam, serta menjimatkan kos kerajaan? Atau ini taktik ugutan bagi menakut-nakutkan rakyat, khasnya mereka yang mengundi BN?



15. Adakah dalam tempoh 5 tahun akan datang PH menumpukan kepada tindakan mencari kelemahan silam, menghukum orang dan mewujudkan ‘political barrier’ untuk kakitangan awam?



16. Sungguh menyedihkan. Ia sudah mula berlaku, dan rakyat patut menyedarinya dari sekarang.



17. Belang sebenar PH kelihatan cukup jelas sekarang. Sama-sama kita doakan agar slogan mereka untuk membela rakyat akan diterjemahkan pelaksanaan sebaliknya.


MR : Nak lihat juga kenyataan daripada PAS yang agresif.. bila? ..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Berdasarkan pengalaman semasa menjadi penjawat awam, perkara ni berlaku juga semasa BN memerintah. Diugut dan ditukar perkara biasa bagi penyokong pembangkang.

    BalasPadam
  2. Asal mereka ni dulupun dari kepompong yg sama...Jadi tak heranlah tindak tanduk mereka sama aja...Tunggulah episod yang seterusnya.

    BalasPadam
  3. Dizaman PM4 paling banyak penindasan terhadap penjawat awam terutama guru. Take hak hairan iamya berlaku semula kerana melayu mudah lupa. Aku dah ckp dahhh,orang yg kepala sama, mesti otak pun sama.

    BalasPadam
  4. Ini perkara normal. Well, politicsssss...

    BalasPadam
  5. Sahya mematik pesanan bekas mantan ketua Hakim Negara Tun Azemi.Kata beliau kalau tidak mahu dibuang kerja jangan ikut-ikutan berpolitikdiam saja.

    BalasPadam