Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak pernah ketagih untuk bersama Umno, UG hanya ciptaan PH


PAS tidak pernah ketagih untuk bersama Umno dalam perjuangan politik kerana dasar parti itu yang tidak memperjuangkan Islam, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau berkata PAS sejak dari dahulu sentiasa bermusuh dengan Umno dan tidak mungkin mengadakan kerjasama politik dengan parti tersebut.

"Kita (PAS) tak pernah ketagih nak bersama dengan Umno (kerana dasar perjuangan yang berbeza). Kecuali kalau selepas ini, kalau Umno nak bersama dengan Islam dan sebagainya, itu cerita lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu, hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata PAS memperjuangkan Islam sejak sekian lama dan tidak mengamalkan politik dendam terhadap mana-mana pihak.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata Umno dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding dengan PAS.

"Saudara Nazri ini dia bercakap seolah-olah Umno ini masih menang… kita nak bagitau bahawa Umno ini sebuah parti yang ditolak oleh rakyat, dan di antara individu yang ditolak oleh rakyat adalah dia (Nazri) sendiri,” katanya. – Bernama


MR : Kini modal UG UMNO-PAS makin lerai dan mungkin hilang sama juga dengan fitnah dedak RM90 juta....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Barua @ cybertrooper ternakan pakatan sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah seperti penunggang agama, rasuah RM90 juta dan UG untuk menghasut rakyat membenci dan menolak parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin pakatan menentang RUU anti-berita palsu @ fitnah kerana pakatan tidak boleh menang tanpa berita palsu @ fitnah.

    Barua dan pemimpin pakatan juga menabur pelbagai janji palsu dalam manifesto pakatan untuk menipu rakyat supaya rakyat menyokong dan mengundi pakatan. Akhirnya rejim pakatan mencipta pelbagai alasan bodoh untuk memungkiri semua janji pakatan.

    Akibatnya pakatan memenangi PRU14 dan berjaya membentuk rejim pakatan yang terdiri dari pemimpin-pemimpin yang mewarisi DNA UMNO BN yang ber'UG' dengan pemimpin-pemimpin kafir dari parti DAP dll (bukan dengan PAS).

    Maka jelaslah barua dan pemimpin pakatan telah menipu rakyat ! Dan penyokong dan pengundi pakatan yang kecewa dan sesal tak sudah hanya mampu menelan kahak sahaja ! Menang sorak kampung tergadai !

    BalasPadam
  2. Bila kapal di pukul badai dan kehilangan nakhoda, nakhoda-2 akan ambil alih posisi nakhoda-1. Kelasi akan terus jadi kelasi.

    Nak kata kelasi merampas kuasa tidak juga, tiada tanda kelasi merampas kuasa. Justeru anggap sajalah kelasi ini seumpama 'anak ayam kehilangan ibu': Chip! ChipChip! Chip!

    BalasPadam