Header Ads

ads header

Flash News

Pusat salur royalti minyak terus ke kerajaan negeri - MB Terengganu


Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus terus kepada negeri pengeluar, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, Dr Mahathir memaklumkan negeri-negeri berkaitan termasuk Terengganu akan menerima wang royalti minyak terus kepada kerajaan negeri.

“Ia dipersetujui secara prinsip. Quantum akan dibincang selepas ini. Yang penting (wang royalti) terus kepada kerajaan negeri.

“Ini janji kerajaan Persekutuan. Seluruh rakyat Teregganu mengucapkan terima kasih atas komitmen kerajaan pusat menyalurkan royalti secara terus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.

Mesyuarat Majlis Kewangan Negara itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

- Bernama

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

5 ulasan:

  1. Ingatkan Uturn sudah bersara dari melakukan pusingan U. Rupa2nya Uturn masih aktif but pusingan U. Macam tak percaya Uturn beri royalti direct wal hal sebelum ini royalti di bayar secara indirect.

    Apapun, kalau diberi ambil. Rezeki jangan tolak. Lagipun itu adalah wang pusat dan bukan dari poket PH. Kalau adapun hak PH di situ ialah ucapan terima kasih: "TQ Uturn".

    BalasPadam
  2. Minta ahli pas & pendokong jgn timbulkn provokasi & penghinaan..kt sbg parti yg mpjuangkan islam perlu tunjukkn akhlak yg baik..Kini adalah masa utk bdakwah..Kt akui sbg manusia Tun tidak lari dri melakukn ksilapan ttp kt perlu bsangka baik & mberi Tun peluang utk mlakukan perkara2 yg baik sblm beliau djemput Ilahi..semoga Tun dicucuri rahmat & PAS adalah parti yg diberkati Allah..aminn

    BalasPadam
  3. Semoga Allah memudahkan segala urusan berkaitan royalti dan menjadikan duit itu rahmat utk.setiap negeri menerimanya dan.menjauhkan pimpinan dari kelabu atau terus gelap mata.

    BalasPadam
  4. Wang royalti blm lg dpt, hanya janji aje yg dpt setakat ni. Jangan dudok prcaya sangat. Biar wang royalti masyuk dulu kat kjaan negeri secara sahih. Sbb tun mahataik ni mmg pakar dlm buat janji.

    BalasPadam