Header Ads

ads header

Flash News

Restoran Jamal diarah tutup


KUALA LUMPUR - Restoran Gabungan NGO 1Malaysia yang dibuka Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang juga pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Jalan Pahang sejak 16 Oktober lalu telah diarah tutup.

Dalam satu notis yang dikeluarkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pengosongan tapak restoran itu perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 18 Jun ini.

Notis itu turut menjelaskan bahawa restoran tersebut melakukan kesalahan di bawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara dengan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri.


“Operasi penguatkuasaan mengosongkan tapak ini akan dijalankan pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut berakhir.

“Sekiranya ingkar, jika disabitkan , dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Sementara itu, dalam status Facebook Restoran Gabungan NGO 1Malaysia - GN1M, meluahkan rasa kecewa dengan notis tersebut .

“Hari ini pihak restoran telah pun diberi notis pengosongan tapak oleh pihak kerajaan yang baru. Kami agak sedih dengan perkara ini. Sesiapa sahaja boleh datang untuk menikmati juadah yang disediakan tanpa mengira ideologi politik.

“Dan tempoh yang diberikan amatlah singkat dan bertembung dengan sambutan hari raya Aidilfitri pada hari Jumaat ini. Sudah pasti ramai yang akan terkesan dengan penutupan restoran ini terutama kepada gelandangan yang datang menjamu selera di sini,” katanya.

- Sinar Harian


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Kurang satu lagi pembayar cukai dan bertambah puluhan lagi pengangguran.

    BalasPadam
  2. Kilang yang mencemari udara kat Pulai Mutiara boleh meneruskan operasi bila ianya telah lama beroperasi. Baik punya polisi.

    Gerai makan yang mencemari tanah federal diarah gulung tikar. Apa bezanya kilang dan gerai makan? Pemilikan, polisi BARU atau apa?

    BalasPadam
  3. Kita boleh lihat penjajahan ala israel akan berlaku org melayu terutama umat islam akan dihalau dan digangu oleh pemerintah kalau masih ramai lg org melayu dan umat islam masih percaya fitnah maka tak hairan org melayu akan merimpat dibumi melayu sendiri.

    BalasPadam