Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit dijangka lemah berbanding dolar AS minggu depan


KUALA LUMPUR - Ringgit  dijangkakan lemah berbanding dolar US minggu depan berdasarkan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang memihak kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat dasar monetarinya baru-baru ini.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global Jameel  Ahmad berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh Fed dilihat positif untuk dolar AS, namun sebaliknya berpotensi melemahkan ringgit.

“Nampaknya Fed semakin yakin terhadap prestasi ekonomi AS, dan memberi isyarat bahawa ia akan terus menaikkan kadar faedah, yang akan memberi tekanan ke atas pasaran pesat membangun,” katanya kepada Bernama.

Pada mesyuarat Rabu lepas, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus, kenaikan kedua tahun ini, kepada antara 1.75 dan dua peratus, dengan pembuat dasar itu mengunjurkan akan berlaku dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun berbanding satu kenaikan yang ditetapkan sebelum ini.

Susulan itu, Jameel berkata ringgit dijangkakan terus menyusut minggu depan ketika pasaran lengang susulan cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagi minggu yang hanya berurus niaga selama empat hari, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding dolar AS, sebahagian besarnya terjejas oleh keputusan Fed, selain mesyuarat Bank Pusat Eropah yang dijadualkan pada Khamis yang akan memberi kesan ke atas dolar AS.

Berbanding kedudukan Jumaat hingga Khamis, ringgit mengukuh berbanding dolar kepada 3.9835/9875 daripada 3.9870/9900 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6230/6270 daripada 3.6468/6505.

Nota tempatan bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.3506/3576 berbanding 5.3482/3534 dan rendah berbanding euro kepada 4.7097/7160 daripada 4.6903/6946. - Bernama



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

5 ulasan:

  1. Bila Ringgit diniagakan rendah berbanding Dolar, lupakan nawaitu menagih 'simpati' dari Yen untuk elak double whammy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan kebergantungan harap pada Shinto untuk menghapuskan bebanan hutang yang ditinggalkan oleh Jiji adalah seumpama meminta Bush menghapuskan bebanan yang di timpakan oleh Saddam Hossien. Tiada yang percuma, tiada jaminan bebanan berakhir.

      Padam
  2. Tak de perkembangan pembangunan ekonomi utk merancakkan ringgit. Projek yg ada di hentikan kena penalti tambah lagi hutang. Kerajaan PH pinjam yen menambahkan lagi hutang negara. Sebenarnya tiada keuntungan dari interest 0.7%. Pinjaman kekal sbg hutang yg perlu dibayar. Tanah melayu sbg cagaran. Apakah kita sanggup?

    BalasPadam
  3. Sejak rejim pakatan memerintah negara, kita selalu menerima berita buruk seperti tol lebuh raya , GST, bayaran balik kepada PTPTN , harga minyak 95 RM2.20 seliter dll diteruskan, harga minyak 97 meningkat, harga barang keperluan meningkat ke tahap gila babi, nilai ringgit merundum dan pelabur asing telah mengeluarkan pelaburan RM7 billion dari negara ini, pemecatan kakitangan awam yang terdiri dari kaum Melayu Islam , hakim Melayu diarahkan meletakkan jawatan dll .

    Inilah akibat pengundi-pengundi yang jahil mengundi pakatan tanpa berfikir secara kritikal. Dan sekarang semua janji pakatan telah dihumban ke laut ! Pengundi dan penyokong pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja ! Kasihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat penyokong pakatan haprak kena kencin...kite pon terkesan sama..huhu #BANGKIT UMNO

      Padam