Header Ads

ads header

Flash News

Siti Kasim telah banyak memberikan nasihat buat Islam dan umatnya


Berikut adalah antara perkara yang pernah direkodkan berhubung kenyataan Siti Kasim yang berkaitan tentang agama Islam:

1. “Tuhan terhasil dari getaran.” Pada 12 April 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi berkata pihak JAKIM akan memanggil Siti Kasim terhadap kenyataan beliau yang mengelirukan berhubung asal usul Tuhan.

Lihat: http://www.astroawani.com/…/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-s…

2. “Ibadah Korban Perbuatan Tidak Bermoral.” Pada 1 September 2017, Siti Kasim melalui laman facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Ibadah korban adalah perbuatan yang tidak bermoral. Kenyataan ini menyebabkan pihak Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan balas berhubung Ibadah korban ini.

Lihat: http://muftiwp.gov.my/…/666-bayan-linnas-siri-ke-114-ibadah…

3. “Mimpi Nabi Ibrahim Bukan dari Allah.” Setelah dikritik banyak pihak, Siti Kasim pada 10 September 2017 mengeluarkan kenyataan balas dengan menafsirkan semula Surah Saffat ayat 102-105 yang berkaitan Ibadah korban. Menurut Siti Kasim tidak mungkin Allah mengeluarkan arahan kepada Nabi Ibrahim supaya membunuh anak sendiri. Yang mengarahkan kejahatan hanyalah syaitan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10214308850777958

4. Siti Kasim juga mencadangkan agar JAKIM dibubarkan. Pada 1 Februari 2018, Siti Kasim mencadangkan supaya JAKIM dibubarkan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10215551956494824

5. Sekiranya Jakim dikekalkan Siti Kasim mencadangkan supaya bantuan kepada Maahad Tahfiz dihentikan.

Lihat: http://www.malaysia-today.net/…/jakim-must-stop-funding-ta…/

Begitulah antara nasihat Siti Kasim berhubung perkara yang melibatkan Islam dan umat Islam. Individu seperti inilah yang barangkali dikehendaki oleh masyarakat untuk muncul dikaca media bagi terus memberikan nasihat buat Islam.

Moga Allah memberikan hidayah buat kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

MR : Malaysia di bawah PAKATAN HARAPAN sudah mempunyai seorang penceramah hebat untuk menjadikan "Islam Liberal" sebagai agama tak rasmi.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

19 ulasan:

  1. Bila manusia yang merupakan komponen paling 'kerdil" dalam universe hendak bercakap tentang kejadian universe dan pentadbirnya, ia sama seperti orang buta mengulas tentang bentuk fizikal seekor gajah.

    BalasPadam
  2. Sebilangan peaskit mental sekular liberal mempromosi 'Islam' liberal untuk melemahkan atau menghapuskan ajaran Islam dan menyesatkan umat Islam dengan mentafsir Al-Qur'an dengan logik akal yang jahil dan menolak Sunnah dan menghalalkan yang haram seperti murtad, arak, judi, khalwat, zina, wanita menjadi imam solat Jumaat dihadapan makmun lelaki dan perempuan yang bercampur aduk, menuntut solat Jumaat diadakan pada hari Sabtu dll dan mengharamkan yang halal seperti hukum faraid, poligami, Hudud dll.

    Sesungguh pesakit mental sekular liberal ini adalah khadam musuh Islam yang sangat berbahaya kerana mereka cuba memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam. Merekalah musang berbulu ayam Zionis.

    BalasPadam
  3. Kenapa pihak berkuasa tak berani mengambil tindakan kepada mangkuk ayun ni, adakah beliau kebal perundangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terlambat sekarang pihak berkuasa ialah dap.

      Padam
    2. Pihak berkuasa kan dap yang akan menyokong perbuatan syaitan betina ini

      Padam
    3. DON'T BLAME DAP musuh yg dikenali, PENGUNDI 5 JUTA yg mengaku islam harus bertanggung jawap.yg bukan islam di kecuali kerana mereka bijak berpolitik . melayu ekonomi/akhlak dahlah hancus. x der apa yg aku bolih warisi legasi BANGSA MELAYU.

      Padam
    4. Dia dah wujud sejak zaman pemerintahan Islam Wasatiyyah al wala' an Najibi wal amno lagi, kenapa tak cantas masa tu?

      Padam
  4. kenapa syaitan ni dibiarkan melolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan ada wawacara siaran langsung lagi, pengundi 5 juta boleh tgk dan khatam sekali ketat ketat

      Padam
  5. Semenjak rejim pakatan memerintah negara ini, puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi semakin berani melakukan provokasi terhadap agama Islam dan umat Islam.

    Mereka berani menghina ajaran Islam, ulama Islam dan umat Islam dan mendesak rejim pakatan menghapuskan institusi Islam seperti jabatan agama Islam, JAKIM, mahkamah syariah dll. Bahkan mereka berani menghina Yang DiPertuan Agong. Pihak berkuasa sedang tidurkah atau koma dalam wad ICU?

    Inilah akibat apabila sebilangan orang Melayu yang jahil mengundi pakatan dalam PRU14.

    BalasPadam
  6. Kawasan pantai barat zon lembah kelang nih bukan senang nak tembus . Harap dr kamarul yusof buat tesis khusus tentang budaya ideologi zon lmbh kalang . Saya tak fikir majoriti muslim zon ini berfikiran islam sebenar. Bayangkan belia terpelajar dari ipts seperti taylor univ,limkokwing,unitar unikl walaupun islam belum tentu islam tulen.. boleh jadi liberal,sekular etc... Fikirkan cabaran islam di sini amat kritikal perlukan makenisma yang tersusun nak hadapi situasi ini.

    BalasPadam
  7. tuan panglima Datuk Rani kulup harus melakukan sesuatu demi mengembalikan kewarasan cik Siti kassim ni,teman cadangkan tak gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat2 pi pinang pas tu suruh dia duduk dapur diam2

      Padam
    2. cepat2 pi pinang pas tu suruh dia duduk dapur diam2

      Padam
  8. Kalau Ayah Pin diambil tindakan kerana sesat , inika pula Siti Kassim.

    BalasPadam
  9. ni semua pasai bola 30juta laa...siot..

    BalasPadam
  10. Dalam bani melayu ramai golongan cacat otak kerana terpedaya dengan ajaran sesat liberal . Satu ketika nanti golongan sesat ini akan mempertikaikan pula kewajipan haji,solat,puasa dan lain lain. Pengikut ajaran ini tidak perlu kahwin menurut Islam...matinya nanti hanya perlu dikambus seperti bangkai di jirat cina dan umat Islam tidak perlu solat jenazah kepada mereka kerana iman mereka semua agama adalah baik dan sama. Golongan munafiq ini terkedepan dalam menghina atau mempertikaikan ajaran Islam bukan DAP yang disangka oleh banyak pihak

    BalasPadam
  11. Dakwah dan islah Islam di Malaysia semakin menuju jalan sempit, dikhuatiri suatu masa nanti Islam di Malaysia dipandang rendah sebab pemikir dan pembinanya mengakhiratkan Malaysia tapi mengambil harta dunia secara perkosa.fikir2kanlah

    BalasPadam