Header Ads

ads header

Flash News

Sukar tunai janji 100 hari kata Dr. Mahathir



LANGKAWI  - Menggunakan alasan kedudukan kewangan negara kini dalam keadaan buruk, kerajaan Pakatan Harapan mengakui sukar menunaikan Janji 100 Hari Pakatan Harapan yang menjadi manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun pernah membuat janji tersebut kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata beliau namun ia sukar dilaksanakan dengan alasan keadaan kewangan negara ketika ini terlalu buruk.

Malah kata Dr. Mahathir, kemenangan yang dicapai oleh PH pada Pilhanraya Umum 14 (PRU14) itu merupakan satu beban yang besar kepada PH

“Kemenangan ini (Pakatan Harapan) membawa beban yang amat besar kerana kita membuat pelbagai janji kepada rakyat supaya kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia daripada sebelumnya.

“Kita membuat janji berasaskan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi kerana kita tidak tahu setakat mana kerosakan yang berlaku dan hari ini kita dapati bahawa walaupun kita sudah berbuat janji dalam jangkamasa 100 hari kita akan tunaikan 10 perkara tetapi malangnya perkara-perkara ini tidak mudah ditangani.

“Sebab itu kita terpaksa mengakui bahawa kita mungkin akan mengambil masa lebih daripada 100 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Hana, Kuah di sini hari ini.

Akhbar melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan mungkin terpaksa menangguhkan 10 inisiatif yang dijanjikan kerana kekangan kewangan.

Kata Guan Eng, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif tersebut sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Berucap lanjut, Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berharap rakyat akan memahami situasi tersebut seterusnya memberi peluang dan kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji tersebut walaupun ia bakal mengambil masa yang panjang. - UM

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. Menifestoon palsu, mohong dan rethorik semata2 tak harus dibenarkan berleluasa bagi mengelak ianya akan jadi amalan berterusan di masa masa depan dan lebih buruk akan jadi ikutan oleh lain2 penjuru.

    BalasPadam
  2. sebut "April Fool"

    tiada yang boleh tuntut apa2

    Waa waaa waaaa!!!

    BalasPadam