Header Ads

ads header

Flash News

Tak wajar dedah isu lantikan Peguam Negara


 SHAH ALAM - Masalah pelantikan Peguam Negara sepatutnya kekal menjadi urusan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sahaja kerana ia perlu diselesaikan secara tertib mengikut peruntukan dalam perlembagaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, masalah itu amat tidak wajar sengaja didedahkan menjadi polemik awam sehingga boleh mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang mempunyai kedudukan dan peranan istimewa diiktiraf perlembagaan dan sejarah.

“Lebih teruk lagi ada pihak sengaja mengasosiasikan agama dengan sifat zalim, dengan berhujah bahawa lebih baik memilih orang kafir baik daripada orang Islam zalim seolah tiada lagi yang adil dan baik di kalangan Muslim.

“Meneliti kuasa dan tanggungjawab Peguam Negara digariskan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tanpa menafikan kepakaran Tommy Thomas mengenai undang-undang dan perlembagaan, saya berpendirian bahawa beliau tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana pemikiran sekular tegar beliau boleh menjejaskan kedudukan dan peranan Islam yang dijamin Perlembagaan sendiri serta bakal membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Islam dijadikan kambing hitam semata-mata mahu merasionalkan pelantikan seseorang bukan Islam dan itu adalah satu bentuk serangan pemikiran tajaan kumpulan liberalisme dan pluralisme agama yang sedang mengancam umat Islam di Malaysia.

“Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab menyatukan masyarakat berteraskan asas-asas bernegara yang telah dipersetujui antaranya kedaulatan Islam dan kedaulatan Raja-raja dan Sultan.

“Adalah amat mengecewakan sekali apabila kerajaan era baru ini gagal mengemukakan calon bebas kontroversi dan tidak berkepentingan untuk menjawat posisi sepenting itu. Kelihatannya sikap itu sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini yang sering melantik individu bermasalah untuk memegang jawatan penting,” katanya. - SH

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

3 ulasan:

  1. Itu waktu BN 1.0

    Sekarang era BN 2.0

    Manifesto BN 2.0 tak sama manifesto BN 1.0

    BN 2.0 berjanji untuk jadi lebih telus dan tembus

    Janji perlu ditunaikan dalam bentuk cash, tiada hutang dan tiada diskaun.

    BalasPadam
  2. Dahulu pemimpin-pemimpin pakatan mendakwa peguam negara bersikap pro-BN dan mahu memecat peguam negara tersebut.

    Sekarang rejim pakatan sibuk pula mahu melantik peguam kafir yang bersikap pro-pakatan dan menjadi peguam LGE dan rejim roket.

    Maka jelaslah pemimpin-pemimpin pakatan mempunyai lidah biawak.

    BalasPadam