Header Ads

ads header

Flash News

Walaupun baca dokumen 200 muka surat hingga 4 pagi, Mahathir tak sempat lihat belanja Agong


KERAJAAN akan meneliti dakwaan berhubung peruntukan ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dikatakan mencecah RM256.9 juta bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita mengenai dakwaan itu namun, belum membaca artikel berkaitan dakwaan yang tersebar itu.

Beliau berkata, dakwaan itu akan diteliti bagi menentukan kesahihannya.

“Saya belum membaca artikel berkenaan. Dengar orang cerita sahajalah. Saya belum tengok lagi,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan itu.

Dr Mahathir ditemui media pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau perlu meneliti terlebih dahulu kebenaran dakwaan itu sebelum memaklumkan kepada media kelak.

“Saya nak kena tengok dulu. Samasa perbelanjaan itu untuk berapa tahun? Setahun ke, 10 tahun ke, saya tak tahu.

“Saya akan kaji, tengok. Saya maklum nanti,” katanya.

Semalam, ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin dalam entri di blognya berkongsi mengenai purata perbelanjaan sebulan dibelanjakan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

MR : Agaknya bila Mahathir akan umum? Atau biar berlalu setelah imej Agong sebagai simbol agama Islam tercemar..
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Kitchen kabinet dah siap. Penjawat dah di isi. Masakan penjawat2 tak boleh baca menu, potong bawang dan menumis? Mengong sungguh kalau cif cef jugak yang akan buat kerja-kerja bawahan! Sepatutnya kalaulah subordinate tak mahu beri kerjasama atau goyang kaki, usah bazir duit rakyat, buat apa yang perlu: CANTAS!

    BalasPadam
  2. Baling batu sembunyi tangan...purak purak tidak tau atau terlupa bagi arahan?Maklum usia dah 93.

    BalasPadam
  3. Minta ahli PAS & pendokong jgn timbulkn provokasi & penghinaan..kt sbg parti yg mpjuangkan islam perlu tunjukkn akhlak yg baik..Kini adalah masa utk bdakwah..Kt akui sbg manusia Tun tidak lari dri melakukn ksilapan ttp kt perlu bsangka baik & mberi Tun peluang utk mlakukan perkara2 yg baik sblm beliau djemput Ilahi..semoga Tun dicucuri rahmat & PAS adalah parti yg diberkati Allah..aminn

    BalasPadam
  4. Mohon admin tapis komen2 yg berunsur hasutan & penghinaan..rakyat sedang memerhati..kt adalah pendokong pro Islam & akhlak ahli perlu djaga

    BalasPadam