Header Ads

ads header

Flash News

Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya?


Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun  1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO (United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.



Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan  ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England (Tanah bangsa Angels), Iceland (tanah air batu atau ‘ice’), Scotland (tanah bangsa Scots), Swaziland (tanah bangsa Swazis), Finland (tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand (tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.


Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia (tanah bangsa Ross), Somalia (tanah bangsa Somali), Algeria (tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India (tanah sungai Indus), Columbia (tanah Columbus), Mongolia (tanah bangsa Mongols), Ethiopia (tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.


MR : Pakatan Harapan cuba untuk mengelapkan sejarah bagi kepentingan politik MALAYSIAN-MALAYSIAN....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

10 ulasan:

  1. Bagaimana boleh draCULA menjadi seorang mantri sedangkan dia pun tidak tahu asal usul nama Malaysia (Tanah Melayu) sehinggakan draKULA telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa orang Hindu @ orang Indialah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang ???

    Kasihan pengundi-pengundi draCULA kerana mereka telah mengundi draCULA yang jahil tentang sejarah negara ini.

    BalasPadam

  2. Terima kasih Tuan Admin yang telah memberi pencerahan berkaitan dengan nama Malay sia.

    Puak Harpak bukan tak tahu tapi cuba nak cari pasal, mereka ingat orang malu dan alah kut?

    Lagi pun kalau kita lihat Ramalan cuaca dari saluran2 tv antara bangsa... Mereka akan menyebut sebagai Malay Penisula (Semenanjung tanah Melayu) dan Malay archipelago untuk (kepulauan Melayu).

    BalasPadam
  3. Mohon semak google Translation dari
    Traditional cina to English utk perkataan
    "Ma lai si"
    Adakah secara tidak sedar propaganda ini telah wujud sejak sekian lama,
    Siapakah sebenarnya yang memberi nama Malaysia yg asalnya adalah Malaisia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya bukan saya sorang yang terpikir mcm ni..

      Padam
  4. Pd yg nk nafikan sejarah kerana dengki angkat org asli yg mereka kata penduduk asal,lgi bodoh bahalol,mmg org asli ada pertalian dgn org melayu terutama jakun..mereka iaitu org asli pihak yg pilih utk tinggal dlm hutan,tak mcm org melayu lain yg nk tinggal dlm kawasan pekan,bandar..tengok rupa paras org asli,serupa siapa?adakah serupa cina atau india?jgn nk nafi mereka se iras org melayu..jgn lagi nk tegak benang basah,org asli,org melayu penduduk asal malaysia atau tanah melayu..yg lain pendatang yg dibawa penjajah atau datang sendiri beribu batu dari negara asal.

    BalasPadam
  5. Malay SI A = Melayu sudah mati.. abis cerita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia "sia" diambil dri bahasa latin bukan dri bahasa cina kerana bahasa cina tidak berpengaruh di malaysia sbb sejarah dunia banyak menggunakan bahasa2 kerajaan2 terdahulu seperti latin, parsi, arab..

      Padam
    2. Yang ckp x mcm x de otak ni x prnah bljr sejarah jdi bukak minda or cuci otak dulu pastu bljr sej baik2 mohon jdi lebih bijak sejarah hahahha

      Padam
  6. Mohon gunalah akal takkanlah nama asal usul negara pun tak tahu

    BalasPadam
  7. Kalau maksud Malaysia "tanah bangsa melayu" maka ianya umpama rampasan yg tidak disedari kerana Malaysia terdiri drpd malaya, sabah dan sarawak. Sabah sarawak bukan melayu.

    BalasPadam