Header Ads

ads header

Flash News

Orang Tak Betul Pun Bersatu Layan


KOTA BHARU: Seorang wakil rakyat Umno disebut-sebut bakal meninggalkan parti itu tidak hadir ke program khas pengumuman mengenainya di Machang, Kelantan, hari ini.

Dalam program yang dinamakan Hijrah 2.0 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan itu, spekulasi mengenai kedudukan anggota dewan undangan negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha, akhirnya ditamatkan.

Namun tanpa Bakri, program Hijrah 2.0 itu tetap diteruskan seperti dijadualkan. Lebih 500 pimpinan Umno di peringkat akar umbi parti terbabit mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Mengetuai mereka ialah bekas ADUN Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail.

Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata, beliau sememangnya mengadakan perbincangan dengan beberapa wakil rakyat Umno Kelantan yang berhasrat untuk keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun katanya setakat ini belum ada antara ADUN terbabit yang memutuskan untuk bersama BERSATU.

"Ini kerja tuhan belaka, mungkin bukan hari ini. Tapi akan berlaku juga nanti, mereka (Umno) tak boleh nak tahan.

"Hari ini 500 bekas pemimpin akar umbi Umno berhijrah," katanya ketika berucap di program tersebut.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan spekulasi seorang ADUN Umno Kelantan akan menyertai BERSATU.

Bagaimanapun, Mohd Bakri yang dijangka ADUN yang terbabit semalam muncul membuat penafian.

Sementara itu, program Hijrah 2.0 turut dihiburkan dengan kemunculan Mat Tere yang tidak ketinggalan mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno.

Mat Tere - atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum - merupakan orang kurang upaya (OKU) yang pernah menggemparkan negara apabila dikatakan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui satu rakaman video, tahun lalu.

"Saya Mohd Zul Apis Baharum isytihar keluar Umno, dan akan berjuang bersama BERSATU, " katanya ketika diminta berucap sebentar.

Hadir sama Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.


MR : Normal bagi anak buah perompak akan lari kepada peyamum untuk berlindung setelah ketua p[erompak diguling....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Keistimewaan mat tere telah digunakan bersatu, ,

    Mahachai ph cepat komen,
    Tajuk artikel telah hina orang istimewa,,,

    BalasPadam
  2. Dumno pun termengah2 dan masuk wad di pantai timor. Bersatu lagi hebat baru cuba nasib terus masuk ICU.

    Ingatkan kalau nak sembuh masuklah Pas. Ropa2nya pilih ICU nak sembuh? Hmm, ada yang wire yang putui.

    BalasPadam
  3. Propaganda parti bunga menyatakan 500 bekas pemimpin (terjemahan: 500 ahli biasa UMNO) akar umbi Umno termasuk seorang ADUN Umno Kelantan menyertai parti bunga. Hanya 500 sahaja bukan 1000 atau 10,000. Wah ramai tu !

    Pernah juga parti kuali membuat pengumuman konon 10 ADUN PAS akan menyertai PANdir akhirnya pengumuman tersebut dan parti kuali tersebut menjadi lawak jenaka rakyat Kelantan apabila diumumkan nama-nama ADUN PAS tersebut iaitu:

    1. Musang

    2. Mu Sang

    3. Musang Moses

    4. Mu Sang Moses

    5 Mu Sang Mo Ses

    6. ............


    Kah kah kah kah kah kah !

    BalasPadam
  4. Dapat le seorang sebiji kapcai kut ... tu yang hebuh macam ayam bertelur sebiji bising sekampung.

    BalasPadam
  5. hijrah korok mung org jahil jee kata hijrah

    BalasPadam