Header Ads

ads header

Flash News

PAS adalah alternatif terbaik bagi mempertahankan Islam, Melayu dan Bumiputera


1.  Phenomena yg melanda politik tanah air hari ini adalah hasil dari kepincangan UMNO/ BN yg mentadbir negara ini selama 61 tahun. Apabila dasar sekular nasionalist menjadi pegangan dan  acuan dalam mengurus tadbir maslaha ummah. Merekalah yg bertanggung jawab dalam membentuk fikrah generasi hari ini.

2. Mereka gagal membangunkan  rakyat khususnya orang2 Melayu Islam menjadi satu bangsa yg kuat, Indipendan, Cerdas dan Mandiri. Dasar2 dan polisi pentadbiran yg mereka ciptakan menjadikan orang2 Melayu dan bumiputera lainnya tertinggal dan lemah dari segi material, ekonomi dan pola fikir dan mudah ditipu dan diperbodohkan.

3. Kebimbangan mereka terhadap Politik Islam yg dibawa oleh PAS menyebabkan mereka bermati-matian menyerang Ulama' PAS dan tokoh2 Agama yg cenderung kepada PAS. Agamawan digambarkan sebagai orang2 yg lemah dan tidak punya kekuatan untuk memimpin apatah lagi soal pentadbiran dan ekonomi. Mereka jugalah yg memberikan gambaran negatif terhadap Islam kepada orang2 bukan Islam dan rakyat Malaysia lainnya. Mereka menipu rakyat khususnya orang2 Melayu dgn berselindung disebalik slogan Ketuanan Melayu tetapi mereka jugalah yg menyebabkan Melayu terus- terusan lemah dan mudah dibeli dgn wang dan janji manis.

4. UMNO/ BN lah pengamal politik wang, Kronisma, Korup, Politik cantas mencantas, diskriminasi dan menyalah guna kuasa utk kepentingan peribadi, kroni  dan Politik mereka. Dan dari UMNO/BN jugalah lahirnya PKR, PH dan lain- lain parti yg dapat kita lihat hari ini.

5. Maka tidak hairanlah kalau kita lihat budaya UMNO/BN itu masih melekat di PH cuma perbedaannya PH lebih akur kepada DAP berbanding BN terhadap MCA dan Gerakan.

6. Sikap angkoh dan sombong UMNO/BN menyebabkan rakan2 yg dulu dalam UMNO jugalah yg menumbangkan mereka dari luar.

7. Kurang yakinnya umat Islam terhadap Islam sebagai Addin dalam mengurus dan mentadbir negara juga hasil dari doktrin yg mereka lakukan selama 61 tahun. Dan hari ini generasi Malaysia Baru tidak segan silu untuk menghina dan memfitnah Ulama' melalui media sosial.
Generasi Malaysia baru ini jugalah yg menumbangkan BN dan memilih PH.

8. Tapi apakah PH benar2.berbeda dgn UMNO/BN. Secara budaya sy melihat sama sahaja. Politik cantas mencantas, diskriminasi, korupsi, pilih kasih, Kronisma masih ada. Bahkan sangat merugikan orang Melayu Islam dan kaum bumiputera lainya. Budaya adu domba dan politik menipu rakyat masih berterusan terhadap rakyat yg tidak cerdas politik.

9. Sy melihat dasar kerajaan Malaysia baru tidak benar2 membela golongan Marhaen yg terdiri dari Nelayan dan Petani. Sementara menunggu 100 hari..tidak banyak yg boleh kita lihat akan perlaksanaan Manifesto mereka.  Apa2 yg dilaksanakan adalah lebih cenderung kepada memenuhi tuntutan DAP dan bukannya Rakyat Malaysia.

10. Pengiktirafan terhadap gulongan syiah, Ahmadiah, LGBT, Islam liberal dan haluan kiri Islam sgt merbahayakan dan boleh mengugat keutuhan hubungan sosial terutama dikalangan orang2 Melayu Islam. Kita tidak nafikan mereka punya hak sebagai warganegara dalam mendapatkan pendidikan, ekonomi, kesihatan dan lain2ya. Tetapi aliran yg menyimpang dari ajaran Islam itu haruslah diperbetulkan dan dibendung.

11.Maka...PAS harus siap untuk menjadi 'LEADER' dalam semua hal walaupun belum menjadi kerajaan pusat. Kepakaran yg dimiliki oleh ahli2 PAS haruslah digembeling utk melahirkan Politik yg Matang dan Sejahtera. Memberikan wajah baru politik yg berteraskan kepada Islam dan memberikan keadilan kepada semua kaum tanpa mengira agama. Memelihara ketuanan Melayu, Memertabatkan Islam dan menjaga keadilan sosial kaum2 lain tanpa ada diskriminasi.

12. PAS harus membuktikan bahawa serangan pemikiran oleh UMNO/ BN selama 61 tahun yang diteruskan oleh PH adalah tidak benar dan salah.

13. Secara statistik PAS telah membuktikan bahawa ia adalah bersih dan bebas korupsi tetapi PAS juga harus kedepan dalam memimpin revolusi ekonomi yg berteraskan Islam yg lebih adil kepada semua kaum kaum di Malaysia. Inilah masanya untuk PAS buktikan di Kelantan dan Terengganu.

13. Melihat kepada kelemahan2 PH yg tdk dapat menunaikan janji2 manifesto, kencenderungan PH kepada kehendak DAP dan bukannya Rakyat Malaysia, PAS adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia dalam PRU15
Inilah PRU utk ISLAM....yakinlah.

Oleh
H Bakri Jamaluddin
Melaka.


MR : PAS diuji dengan pelbagai unjian dan pelbagai tohmohan sehingga PAS dilihat sangat buruk.. tapi sunatullah biasa bagi gerakan Islam dengan ujian sebini sehingga Allah menepatkannya sebagai pelindung kepada agamaNya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

4 ulasan:

  1. 30% tak perlukan sesiapa. boleh berdiri atas kaki sendiri lagaknya. tak perlu mana-mana pihak tampil dengan hidung mancung pipi tersorong-sorong. lebih baik berikan bantal pada yang mengantuk saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis tu takkan nak join dapigs kut???!!!

      Padam
    2. Masalahnya ialah 25% telah di'kencing' oleh DA-Pig dan khadam-khadam untuk mengundi pakatan liberal-kafir harbi maka akhirnya 25% menang sorak kampung tergadai !

      Semua janji pakatan telah dibuang ke laut atau tong sampah dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja. Padan muka !

      Akibatnya pakatan bebas menindas agama Islam dan umat Islam kerana puak kafir adalah majoriti dalam KERAjaan pakatan !

      Padam
  2. Mengapa saya menyokong parti Islam PAS?

    Jawapan:

    Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan Al-Qur'an, Sunah, Qias dan Ijma sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik Islam PAS untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat.

    Hanya PAS sahaja yang telah menjadikan Al-Qur'an, Sunah, Qias dan Ijma sebagai perlembagaan PAS. Semua parti-parti lain telah menjadikan sekularisme, liberalisme, pluralisme, nasionalisme dll sebagai ideologi mereka.

    Jika SPRM telah menyiasat pemimpin-pemimpin BN dan Pakatan kerana kes rasuah dll, pemimpin-pemimpin PAS pula mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll.

    Tujuan

    Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Dasar

    Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

    Usaha

    Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

    1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

    2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

    3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

    5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

    6. Dll

    BalasPadam