Pengaruh liberalisme makin parah dalam kerajaan baharu
Pengaruh liberalisme semakin parah dan sukar dibendung apabila aktivis liberal dilantik menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Sekretariat UMMAH, Ustaz Ismail Mina.
Beliau berkata, ketika ini pun sudah dapat dilihat akibat pemikiran liberal, beberapa isu Melayu dan Islam tidak dipedulikan.
“Lebih malang, ada antara meraka yang meliberalkan isu bahasa dan pendidikan. Bersunguh-sungguh mereka mempertahan untuk mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC), sedangkan mereka tahu implikasi pada bangsa dan negara cukup besar.
“Bukan itu sahaja, ada memperguna dan memanipulasi maqasid syarak, seperti konsep Rahmatan lil Alamin. Mereka mengadaptasikan pemikiran liberal mereka selepas menguasai kerajaan. Akhirnya, ada umat Islam yang tidak faham konsep, sanggup mempersoal isu Islam sendiri. Ini sudah parah.
“Kita bimbang. Jadi sebab itu kita cuba adakan Himpunan Kebangkitan Ummah-Malaysia Baharu Pasca PRU14: Islam dan Melayu Terancam Sabtu. Kita nak terangkan kepada mereka bahayanya fenomena yang berlaku dalam negara ketika ini,” katanya pada sidang media di pejabat Muafakat, hari ini.
Selain itu, Ahli Jawatankuasa UMMAH, Ustaz Masridzi Sat berkata, umat Islam perlukan penyatuan dan ambil tahu dengan isu yang berlaku.
“Kita akui rata-ratanya masih keliru dan tidak tahu krisis yang melanda umat Islam saat ini serius atau tidak. Ya, ada yang katakan tidak perlu persoal kerana terlalu awal untuk menilai kerajaan Pakatan Harapan. Beri masa pada mereka. Tapi sampai bila?
“Kita kena tahu, dalam tempoh 60 hari sahaja, dah pelbagai isu Islam, Melayu raja-raja Melayu digugat. Itu baru 60 hari. Takkan kita nak tunggu sampai lima tahun baru nak bertindak,” soalnya.
MR : Pengaruh liberal dalam kerajaan kerana sikap pimpinan Islam dalam PH yang sangat 'lemah' dalam menegakkan Islam kerana terlalu ambil hati bukan Islam....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :
Pan wujud ke x dlm ph ni??
BalasPadamDulu ckp nk gnti pas sebagai suara islam yg lbih baik.
Akhirnya pemimpin PANda menjadi khadam abang besar DAPur sahaja maka tak hairanlah ostad dan pemimpin PANda berdiam diri setiap kali geng DAPur menghina Islam
PadamMenyedihkan bila mana org islam sndiri mmpertikaikan kewajaran menyuarakan kebimbangan trhadap isu2 ini.
BalasPadamBaca saja komen2 pmbaca malaysiakini. Ramai org islam mengutuk umno krna mmpertahankan hak mlyu dan islam, katanya x abis2 isu perkauman.
Rmai sumpah seranah lebai2 dlm pas kerana mmpertahankan islam. Mreka kata asyik2 main isu agama.
Apa sudah jadi pd org2 islam ini??
Biarkan la pembaca melayu malaysia kini memang mereka yang cenderung kepada pihak kafir hati telah dibutakan.Mungkin gang lgbt dan puak liberal aku pun tak sanggup membaca komen mereka adakala lebih kafir dari kafir pendek kata memang balaci dap dan balaci sijantung bateri.
Padampuok ph ni jahil tapi bila ditegur sombong mmg jenis jahil murakkab n i bengong
BalasPadamlslam pada nama la tu
BalasPadamPakatan Muna-(sila sambung)
BalasPadamasal semua agama adalah orthodox, setelah sekian lama ada yang nan tunjuk terer, memandai2 dan menggatal2 mahu pinda dan tukar itu dan ini.
BalasPadamotak, hati dan tangan2 liberal ini berputar ligat, membentak dan menggatal untuk meminda dan menokoktambah pada yang asal walhal semua itu tikus baiki labu.
Liberalisme adalah ajaran sesat lagi menyesatkan dan penganut liberal telah membatalkan iman mereka sendiri apabila mereka menghina, menentang atau mempertikaikan Al-Qur'an dan Sunnah.
BalasPadamBahkan mereka menyokong dan membela kemungkaran dan kesesatan termasuk murtad konon kerana setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu! Mereka juga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Tahniah
BalasPadam