Header Ads

ads header

Flash News

Tiga lagi restoran nasi kandar diarah tutup


GEORGE TOWN: Tiga restoran nasi kandar di Little India di sini diarahkan ditutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan.

Arahan terhadap ketiga-tiga restoran itu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 semasa pemeriksaan dijalankan, yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah pada Khamis.

Kesemua restoran terbabit diarahkan ditutup serta-merta selepas ditemui tahi tikus dan lipas ditemui di premis mereka, selain peti sejuk yang kotor.

Manakala, di sebuah restoran didapati himpunan pinggan-pinggan kotor dijumpai dikumpulkan berdekatan dengan kawasan sampah.

Dr Mansor berkata, sekiranya kesemua restoran terbabit berjaya membuktikan premis mereka bersih dalam tempoh dua minggu, maka kebenaran akan diberikan untuk menyambung semula operasi.

Bagaimanapun katanya, arahan penutupan boleh dilanjutkan dengan tambahan dua minggu lagi sekiranya mereka gagal memenuhi syarat itu.


MR : Antara punca umat Islam di Malaysia makin 'bengong' kerana tak menjaga makanan mereka. Antara lain mereka menjadi liberal dan bodoh dengan agama sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. kita orang melayu pulak yang duduk makan kat restoran yang kotor mcm ni mmg nasiblah

    BalasPadam
  2. Bukan saja Pelanggan mengotorkan imej sendiri malah mengotorkan imej negeri apabila permintaan tinggi otomatik menaikkan kadar pengimportan tenaga kerja restoran walhal pekerja itu kebanyakannya tidak cekap membezakan antara bersih dan kotor.

    BalasPadam
  3. Kita cuba elak dari melanggan restoran2 24jam begini. Kita boleh nampak bersih kotornya kedai2 dan pekerjanya tapi Islam tidak pekerjanya, kita tak nampak. Dan dari segi ekonomi pulak, mereka ini hantar pulang sebagian besar dari pendapatan mereka dan sikit sangat dibelanjakan untuk ekonomi Malaysia. Kita langganlah kedai2 Melayu walaupun kurang sedap atau mahal sikit. Kita cuba selamatkan orang2 Melayu.

    BalasPadam