Header Ads

ads header

Flash News

Bekas KSU Perbendaharaan Lapor SPRM, Gesa Siasat Tuduhan Lim Guan Eng


PUTRAJAYA – Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Chevrolet hitam yang dipandu Irwan memasuki kawasan SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi, sebelum keluar semula 2 jam kemudian.

Ditanya wartawan mengenai laporan itu, Irwan berkata, ia bertujuan mendapatkan kebenaran kerana dakwaan kehilangan RM18 bilion itu tidak berasas.

“Petang ni saya akan buat laporan polis. SPRM beri jaminan akan siasat. Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund,” katanya.

Ditanya sama ada beliau memberikan sebarang dokumen kepada SPRM, Irwan berkata, semua dokumen berkaitan ada dengan Kementerian Kewangan.

Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST.

Irwan kemudian menafikan dakwaan itu. – BERNAMA


MR : Rakyat sebenar dikaburi dengan berita persepsi dan manipulasi. Pasal kerajaan tak bersungguh nak benteras berita palsu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. "Ditanya sama ada beliau memberikan sebarang dokumen kepada SPRM, Irwan berkata, semua dokumen berkaitan ada dengan Kementerian Kewangan".

    Komen:

    Silap mata boleh mengadakan yang 'tiada' dan boleh juga meniadakan yang 'ada'. Mandrem!

    BalasPadam
  2. Penat sungguh dengan kerajaan pakatan hancing ni.Tiap hari berita yang keluar tiada satu pun yang dapat memberi kebaikankan untuk kehidupan rakyat.kaum melayu dan agama islam diketepikan.

    BalasPadam
  3. Aku tak percaya persaksian seorang fasiq,apatah lagi kaafir.Sekarang kuasa ditangan beliau..mcm2 boleh dimanipulasi.Rakyat percaya sbb dia seorang menteri. Bagi rakyat menteri itu seolah2 maksum..apa lagi menteri kafir fasiq seronok lar kuasa dah ditangan..

    BalasPadam
  4. Selalunya pegawai khas dalam sesuatu kementerian yang buat laporan polis. Phua Chu Kang jangan makan gergaji buta nanti terkena mata buta.

    BalasPadam
  5. Najib tuding Guan Eng, Guan Eng tuding Najib. Boleh tuding menuding sampai khinzir masuk kandang tapi pastikan 15/8 Brim berjalan. Cakap banyak tak mahu.

    BalasPadam