Header Ads

ads header

Flash News

Seorang demi seorang kroni Mahathir akan masuk kerajaan


Satu laporan media membayangkan pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mungkin dilantik menjadi penasihat dalam kerajaan selepas kemungkinan pembubaran majlis itu.

Menurut The Star yang memetik sumber, bekas menteri kewangan itu mungkin dilantik ekoran pengalamannya dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta.

Sumber itu dipetik berkata, Daim akan membantu menteri-menteri baru dalam soal pentadbiran awam.

"Ramai menteri yang masih baru dan tidak memegang pernah memegang jawatan besar dalam kerajaan. Menguruskan menteri adalah sukar, terutama mengendali perkhidmatan awam yang memiliki pegawai kanan yang sudah lama berkhidmat," katanya.

Laporan itu juga memetik seorang pesara kakitangan kanan kerajaan yang tidak dinamakan sebagai berkata, kepakaran Daim selaku bekas menteri kewangan bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membantu jika negara mengalami kemelesetan.

"Pada 1985, Daim menjadi menteri kewangan, ketika itu negara mengalami krisis ekonomi ekoran kemelesetan global. Pada 1998, Dr Mahathir memanggil semula Daim untuk membantunya ketika negara mengalami kemelesetan paling buruk," katanya.

Ketua Biro Dasar dan Strategi BERSATU Datuk Rais Hussin berkata, terpulang kepada Mahathir untuk melanjutkan tempoh Majlis Penasihat Kerajaan dan peranan anggotanya selepas itu.

"Bagi Daim, ada pelbagai variasi untuk peranannya pada masa akan datang, ada yang kata dia akan dilantik sebagai penasihat, ada juga berkata mandat Majlis Penasihat Kerajaan akan diperbaharui.

"Kita perlu ingat pengetahuan dan pengalaman Daim, terutama dalam mengendalikan perkhidmatan awam, adalah satu aset besar," katanya ketika dihubungi.

Rais bagaimanapun berkata keputusan tersebut belum muktamad.

"Perdana menteri akan membuat keputusan dengan berunding dengan kabinet dan majlis presiden HARAPAN untuk menentukan langkah seterusnya berkaitan Majlis Penasihat Kerajaan," katanya.

Majlis itu ditubuhkan Mahathir sebaik mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Ia ditugaskan membantu kerajaan dalam masa 100 hari pentadbiran namun spekulasi mengatakan tempohnya mungkin dilanjutkan.

Bagaimanapun salah seorang anggotanya Tan Sri Zeti Aziz baru-baru ini berkata tugas mereka hampir selesai dan sedang menyiapkan laporan penuh.


MR : Setelah Mahathir menguasai semua sekali, baru dia serah kepada Anwar.. bila Anwar buat lain macam Najib jangan hairan umur Mahathir 100 tahun masa itu buat gerakan jatuhkan Anwar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. satu yang pasti ialah SOROS tentunya sedang berguling-giling atas lantai..."dulu masa dia ni jaga kewangan aku dah kebas kaw2, sekarang dia masuk bali?...pergh, pucuk dicita ulam mendatang...yahoo, kahkahkah,, kikkikkik"

    BalasPadam
  2. Bukankah Pak Dir membela kroni-kroni yang sama dalam Be End dan Pakartun? Nampaknya pengundi Pakartun hanya mampu menelan kahak sendiri sahajalah selepas pelbagai janji Pakartun telah dimungkiri dengan pelbagai putar belit dan u-turn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu memang pengampu PH yang banyak melondehkan seluar Tung. Sekarang pengampu2 ini dah insaf... tak mau lagi londehkan seluar Tung sebab dah dapat seluar Rosjid. Busyuk.

      Padam
  3. Lepas ini insyaAllah seorang demi seorang masuk dalam kubur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak hairan kalau ada para penjilake guna teknik pengawetan. Letak sebelah king Thut. Untuk tontonan pengkagum hingga akhir zaman.

      Padam