Header Ads

ads header

Flash News

Tindakan “cerdik” Mat Sabu dalam isu keselamatan negara


 Termasuk semalam, sudah dua kali Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu mendedahkan secara terang-terang tanpa berselindung tentang kelemahan pasukan pertahanan kita yakni Angkatan Tentera Malaysia.

Tidaklah diketahui apa sebab dan musababnya Mat Sabu mendedahkan perkara itu untuk pengetahuan umum, mungkin untuk menunjukkan yang kerajaan Pakatan Harapan ini lebih telus dari kerajaan dahulu iaitu Barisan Nasional atau Mat Sabu ada sebab lain.

Kali pertama, Mat Sabu dedahkan di dalam dewan parlimen yang mana pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM TUDM hanya empat buah sahaja yang boleh terbang, bagi pihak Pakatan Harapan, mereka sudah boleh gelak basar menunjukkan kepada rakyat yang Barisan Nasional tidak mampu menjaga aset-aset pertahanan udara negara, tetapi sedarkah Mat Sabu, di sebalik gelak besar PH itu, ada mata-mata di luar sana sudah mula mencongak-congak tentang kekuatan pertahanan udara negara kita?

Semalam sekali lagi Mat Sabu membuat pendedahan kononnya pertahanan negara lemah berbanding negara Asean yang lain, satu kenyataan yang dilihat cukup tidak adil dan tidak masuk akal, adakah benar pertahanan negara kita cukup lemah?

Benarkah pertahanan negara lemah? peruntukan untuk pertahanan sebanyak RM.17.0 Billion untuk tahun 2018, RM.15.1 Billion (2017) RM.17.3 Billion (2016) dan RM.17.7 Billion (2015) dengan peruntukan sebegitu banyak, adakah adil untuk Mat Sabu mengatakan pertahanan negara kita atara yang terlemah di rantau Asean ini? Laos, Cambodia, Philippines dan Myanmar lebih hebat dari Malaysia?

Malah kita masih ingat lagi, beberapa rakan Mat Sabu ketika itu memperlekehkan aset-aset pertahanan kita seperti mengatakan kapal selam Scorpene milik TLDM tidak boleh menyelam dan ada suara-suara sumbang mereka-mereka yang kini telah menjadi kerajaan dulu mengatakan "buat apa beli senjata canggih-canggih, kita bukannya nak perang pun...!! baik guna wang rakyat tu untuk bina sekolah, rumah, hospital.." dan "alah beli senjata perang canggih-canggih tapi tak guna pun, kita bukan ada musuh, bukan nak perang pun..." itu adalah sekelumit psyche di kalangan pemimpin pembangkang kini mereka sudah pun menjadi kerajaan.

Dengan keceluparan mulut-mulut sahabat Mat Sabu itu dulu, sudah tentu membantutkan usaha kerajaan ketika itu Barisan Nasional untuk memperkasakan ATM, bayangkan ketika Najib Razak membentangkan Bajet Pertahanan, cakap-cakap yang menyakitkan hati pastinya akan keluar dari mulut rakan-rakan Menhan Mat Sabu, pernah sampai satu tahap, rakan-rakan Mat Sabu mempertikaikan peranan ATM yang berkhidmat dibawah panji-paji PBB dan mempersoalkan latihan-latihan ketenteraan yang dibuat oleh ATM di dalam mahupun di luar negara, pembaziran kata mereka.

Jadi, kenyataan Mat Sabu yang mengatakan pertahanan negara kita lemah boleh mengundang petaka buat negara kita, pelabur boleh menarik pelaburan mereka dari negara ini, pelabur tidak yakin untuk melabur di sesebuah negara yang mana pertahanan negara itu lemah dan di akui sendiri oleh Menteri Pertahanan negara itu, bolehkah kita anggap Mat Sabu cuba mensabotaj ekonomi negara?


MR : Jangan marah dia sedang 'ghairah'....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



7 ulasan:

  1. Apabila seorang tukang masak dilantik menjadi menteri pertahanan, kelemahan angkatan tentera didedahkan kepada umum melalui media massa maka semua agen lapangan CIA, MI6, ASIS, MSS, MOSSAD, DGSE, SVR, RAW dll tidak perlu bersusah payah mengintip ATM kerana semua maklumat ATM terdapat dalam surat khabar dll. Mereka boleh berkelah dan ber'high-five' di negara kita.

    'Straight from the horse's mouth' , seluruh dunia sudah tahu tentera kita sangat lemah sekarang ! Wah hebat menteri pertahanan KERAjaan baru !

    Bagaimanakah perasan angkatan tentera yang terpaksa memberi tabik hormat atau hormat senjata kepada seorang menteri yang pernah membela jenayah pengganas komunis dan menafikan pengorbanan tentera dan polis yang telah disiksa, dicederakan, dicacatkan atau dibunuh oleh pengganas komunis?


    Written by a humble Ex-2nd Lt.

    BalasPadam
  2. Itu sebab Johor ada regimen askar sendiri.

    Apa yang Mat Sabu tak tahu ialah Malaysia adalah negara dibawah Naungan Britain jikalau ada konflik /konfrontasi rantau.

    BalasPadam
  3. Scorpene diputuskan oleh PM4, Sukhoi oleh PM4. Yang dismash atau digilap kasutnya adakah PM4 atau PM6?

    Kalau ianya PM4, syabas buat menteri pertahanan bila mampu memberikan info yang pahit buat si bos meskipun ianya sepahit hempedu.

    Kalau bos telan, itu petanda kepahitan itu mujarab. Kalau diluahkan itu petanda allergi ubat. Hati2 bos mungkin gatal tangan.

    BalasPadam
  4. Bangangnya...menteri pertahanan kita sesuai jadi joker.

    BalasPadam
  5. Ada banyak angle isu ini boleh di kritik. Dari sudut satirikalnya bila 'lemah', Tok Der tentunya suruh kuatkan. Tok Der kata, hah kalau lemah belilah viagra yang 1000mg.

    Bukannya saja nak bersatirikal tapi inilah pertama kali audien tengok ada ahli sidang dapor sepelawok ini sebelum ini. Bagus juger, boleh ketawa beramai-ramai. Hehehe

    BalasPadam
  6. Kita tengok bajet pertanahan 2019... ada naik ka ada turun... kalu turun dia ni memang jilake... klu naik (boleh jadi pendedahannya adalah satu strategi utk budget allocation yg besar)... so masih terlalu awal kita nak kata dia ni bodoh nak mampos... lain org lain strategi dia (boleh jadi idea ni npk bangang tapi sgt effective)... walaupun diwarwarkan sgt lemah ada ke jiran2 nk serang malaysia waktu ini... kita tunggu dan lihat

    BalasPadam
  7. Persoalan yg perlu dirungkai ialah mengapa dan kemana peruntukan yg terlalu besar dibelanjakan?
    1. Benarkah utk peningkatan keupayaan pertahanan negara
    2. Benarkah ianya telah dibelanjakan dgn telus ata

    BalasPadam