Header Ads

ads header

Flash News

10 lagi kes keracunan alkohol dilapor, kata KP Kesihatan


KUALA LUMPUR, 22 Sept ― Sebanyak 10 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu tujuh di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes keracunan alkohol adalah 86 kes iaitu 62 kes di Selangor; Kuala Lumpur (16); Perak (tujuh) dan Negeri Sembilan (satu). 

“Tiada penambahan kematian keracunan metanol (alkohol) yang dilaporkan dan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol adalah kekal 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di Perak,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya sebanyak 41 pesakit akibat keracunan alkohol masih menerima rawatan di 11 hospital di semua negeri yang terbabit, yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak 16 pesakit masih kritikal.

Pada masa sama, katanya 57 kes keracunan alkohol yang tidak melibatkan kematian dicatatkan membabitkan 25 warga Nepal, 11 Myanmar, sembilan Bangladesh, sembilan rakyat Malaysia, dua India dan satu Indonesia.

Dr Noor Hisham berkata setakat hari ini, sebanyak 402 premis yang menjual arak telah diperiksa dan pihaknya menyita 1,471 botol minuman beralkohol pelbagai jenama yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Beliau berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital. ― Bernama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. kesimpulan alkohol tak beracun di bolehkan tak islamic betul

    BalasPadam