Header Ads

ads header

Flash News

Adakah PAS mimpi Ngeri buat Anwar?


Sekurang-kurangnya sudah dua hari Port Dickson tidak hujan. Sedangkan dua hari juga Kuala Lumpur hujan lebat.

Bahang panas yang biasa-biasa itu seakan-akan bakal menjadi luar biasa di Port Dickson. Angin yang berpuput lembut dari Selat Melaka menjadikan bandar pelancongan di Negeri Sembilan itu semakin menggiurkan.

Malam tadi panas itu terasa lain macam dan menyediakan persekitaran antara kenangan masa silam, realiti hari ini dan harapan masa depan.

Di pekarangan Markas PAS Cawangan Kampung Bukit Tembok, ribuan mata, telinga, pokok-pokok kelapa dan gerai-gerai menjadi saksi kesungguhan PAS mahu memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) 13 Oktober ini.

Tidak ketinggalan, bulan Muharam yang hampir sempurna penuhnya.

Slogan pada bangunan markas itu sekadar membayangkan iltizam PAS: "Jihad jalan kami Islam pasti menang".

Tidak jauh dari situ tertegaknya khemah bersejarah. Bukan sembarang orang yang ada di situ. Mereka ialah penyokong PAS yang istiqamah.

Di situ ada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ada Datuk Takiyuddin Hassan, ada Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, ada Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Siapa yang tidak kenal dengan mereka, kan?



Di depan khemah ada lori kecil yang 'dibajukan' separuh. Ditegakkan buluh-buluh yang mengibarkan bendera PAS serta Malaysia. Pada separuh badan lori itu pula dihiasai bendera hijau dengan bulatan putih di tengahnya.

Pada belakang lori kecil itulah jadikan pentas.

Sesiapa saja yang naik dan berucap di pentas bergerak itu, mereka membelakangkan sebuah rumah batu setingkat yang berwarna ungu.

Padanan Anwar

Port Dickson ialah satu lagi manoeuvre PAS dalam pentas siasah negara. Ia juga satu penegasan daripada parti itu bahawa tiada sesiapa yang boleh menganggap parti itu sudah menjadi sejarah.

Mustahil PAS tidak sedar siapa lawan yang akan dicabar pada PRK di Port Dickson itu nanti. Namun PAS bukan parti kecil anak.

Bak kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan dicabar oleh calon PAS yang sepadan. Jangan ada sesiapa yang cuba memperlekehkan mereka.

Padanan Anwar untuk kerusi parlimen Port Dickson ialah Mohd Nazari Mokhtar. Dia seorang bekas tentera berpangkat tinggi, seorang pengetua maahad tahfiz, lepasan universiti luar negara (Bangladesh) dan bukan orang baru dalam langkah pilihan raya.

Turut penting untuk ditekankan, Mohd Nazari seorang pengusaha ladang durian. Bukan sembarang durian, tetapi durian Musang King!

Dan paling penting calon PAS tak pernah kena penjara atau didakwa rogol atau liwat sesiapa.

Adakah PAS cuba mempermainkan Anwar?
Atau PAS cuba untuk mengelirukan Anwar agar dia tidak rasa serius tentangan PAS?
Kita lihat nanti




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

10 ulasan:

  1. Satu yang telah dinoktahkan atas batu PBB ialah Marmark Bendahara 7 akan serahkan kunci Putrajaya kepada Marmark Bendahara 8 dalam penantian.

    Yakni Marmark Bendahara 7 akan jadi sejarah dan MB 8 akan cipta sejarah dan akan buka lembaran baru. Kalau itu berlaku baik atau buruk akan menimpa semua.

    Collateral damage adalah kerosakan yang tidak mengenali mangsa. Pilihan perlu dibuat: 1. biarkan sejarah baru dicipta dan terima risikonya atau 2. halang sejarah itu dari dicipta.

    BalasPadam
  2. Bukan Pas tapi LKS adalah mimpi itu. Bukan saja untuk bakal MOI-8 tapi buat current MOI jua:

    "Kit Siang: How Many Umno Leaders Are Secret Billionaires?"

    BalasPadam
  3. Per: Dan paling penting calon PAS tak pernah kena penjara atau didakwa rogol atau liwat sesiapa.

    Alhamdulillah, calon PAS orang professional yang beriman dan warak dan mempunyai rekod yang bersih. Insya Allah calon PAS akan menang dalam PRK PD dengan izin Allah.

    Nota umum:

    Sesiapa mengundi calon liberal akan menanggung dosa besar kerana menyokong kezaliman puak liberal yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam
  4. Diantara orang yang gembira bila Anwar kalah ialah:-

    Tun M dan penyokong dan kroni.

    DAP dan penyokong

    ( mereka melihat Anwar lebih Islamik dan lebih Melayu daripada Tun M, buat masa sekarang.

    Puak2 liberal

    Dan semua calon2 lain di PRK PD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah PKR adalah parti liberal mengikut dakwaan Liberal International ? Maka sudah pasti puak-puak liberal akan menyokong Nua dan mahu Nua menang!

      Padam
  5. Siti Kasim mahukan Anwar di batalkan pengampunannya supaya tidak dapat bertanding....so Siti Kasim pejuang Islam ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai lihat dari sudut politik tu yang mahukan PKR bertanding di PD. Berbeza dengan City, dai mahu melihatnya dari sudut perundangan bukan dari sudut politik. Tiada kaitan dengan agama bagai. Usah melalut ke laut Bro.

      Padam
    2. Soalan Anon 7:49 PTG ke laut !

      Padam
  6. TM dan DSAI sama2 rakus untuk memerintah Malaysia. Kita tengoklah siapa yang lebih bijak dan pandai main kotor maka dialah yg menang. Rakyat Malaysia sama je kos sara hidup tetap melambung tinggi.

    BalasPadam