Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya Mahathir Membuktikan Bahawa Memang PAS Terima Duit UMNO


Setelah Mahathir memperkenakan Najib dengan melondeh banyaknya duit dalam rumah Najib apabila Mahathir tahu Najib terpaksa pindahkan duit itu dalam beg dengan gopoh ke suatu tempat lain setelah putrajaya jatuh ke tangan PH.

Mahathir belum puas hati kerana Shafee Abdullah cuba selamatkan Najib. Bila Mahathir cuba usik Shafee, Shafee dedah bahawa Mahathir kepala yang cuba perkenakan Anwar dalam kes liwat 2.

Maka hari ini Mahathir tangkap Shafee, dan buat 4 tuduhan. Sekurang-kurangnya Najib patah kaki untuk pertahankan diri dan semua peguam lain tak berani nak tolong Najib  lagi. Maka dengan itu betul tuduhan Mahathir kepada Najib. Mahathir tahan Shafee walaupun tiada siasatan SPRM seperti lazim berlaku.

Hebatkan Mahathir.

Hanya Mahathir tak puas hati dengan PAS. Bukti terima duit UMNO masih belum jelas. Hari ini spy Mahathir berjaya mengambar gambar bukti yang sangat jitu bahawa PAS memang menerima duit UMNO. Gambar di atas kelihatan pertugas PAS menerima duit daripada Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Muktamar Pemuda PAS di Duyong Marina & Resort Kuala Terengganu.

Ini bukti yang jelas. Puak-puak PAS tak boleh berdalih lagi. Parti Islam Liberal AMANAH boleh berlapang dada bahawa ijtihad mereka keluar daripada PAS betul. Kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz hidup mesti tok guru pun jadi ahli parti Islam liberal ini.

Bukti ini akan menjadi hujah kepada macai PH kerana bagi mereka semua Mahathir buat itu betul dan semua PAS itu salah. Macai mana ada akal nak faham keadaan dan situasi.


SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/


MR : Semut Api apasal engkau tulis macam ini, Macai PH mana ada akal, nanti pening puak PAS nak menjawab bahawa Asyraf bagi derma bukan salur duit.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. lain peti lain kegunaan

    lain parti lain pendekatan

    majlis makan serampang dua mata

    hidang babi jamu tuak

    lepas sendawa tangan di hulur

    nama diukir kroni klasnya

    besok lusa jumpa SUP

    tender disertai kontrak mari

    semua tahu ini salah

    apakan daya idealis

    telan saja kemunafikan ini

    meskipun tersangkut dikerongkong

    masuk segelen tertelan jua.





    BalasPadam