Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tidak boleh leka dengan sebarang kemungkinan daripada PAS.


Hal yang sama dijangka bakal didepani Anwar pada 13 Okt nanti. Kecuali jentera HARAPAN merangka strategi yang betul-betul padu, Anwar tidak boleh leka dengan sebarang kemungkinan daripada PAS.

Jangan disangka tanpa bantuan Umno, PAS akan lemah. Hanya orang yang tidak faham akan langkah PAS boleh terpedaya. Bagi PAS, semakin mereka bersendirian, akan semakin kuatlah parti itu.

PRU ke-14 cukup menjadi bukti bagaimana PAS berjaya memporak-perandakan HARAPAN di negeri-negeri Pantai Barat.

Turut tidak boleh diabaikan ialah pelantikan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A Samad sebagai pengerusi Jawatankuasa Induk Jentera PRK Port Dickson.

Beliau orang lama yang penuh dengan pengalaman. Selain pernah menjadi pesuruhjaya PAS Selangor, beliau juga bekas exco kanan di negeri tersebut.

Beliaulah antara pemimpin kanan PAS yang awal mengarahkan jentera parti itu bergerak untuk bersedia bekerja menghadapi Anwar.

Pedulilah tentang perintah yang dikeluarkan Iskandar pada awalnya terarah ke kawasan Pandan. Meski pun jarak di antara Pandan dan Port Dickson jauh, beliau lebih cergas bersiaga berbanding orang lain.

Itu belum diambil kira faktor analisis dan kajian mendalam oleh kumpulan pemikir PAS seperti Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Kepada Malaysiakini baru-baru ini beliau menyatakan belum ada arahan daripada pihak atasan untuk membuat kajian kebolehmenangan PAS di Port Dickson.

Kalau kaji selidik itu dijalankan dengan betul, tidak mustahil peluang kemenangan buat PAS akan bertambah tiga kali ganda.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Undi tegar parti Melayu tentu sudah nampak bagaimana parti itu mengkhianati perjuangan sendiri dan sekaligus tidak menghargai sokongan tegar yang diberikan selama 60 tahun. Sudah sampai masanya untuk undi tegar ini mencari dahan yang baru untuk berpaut dan pilihan paling haruslah tepat agar pisang tidak berbuah kali kedua.

    BalasPadam