Header Ads

ads header

Flash News

Bakal lahir gabungan baru tanpa BN kata Hadi


Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan akan lahir satu barisan baru pembangkang bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini Abdul Hadi juga menjelaskan setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu.

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," katanya.

Jelas presiden PAS itu orang ramai wajar menantikan perkembangan baru selepas ini.

Kata Abdul Hadi PAS sentiasa bekerjasama dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

"Dan akan berlaku satu perubahan yang lain... akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini.

PAS sedang mengadakan muktamar tahunannya sehingga Ahad ini.

Ketika negara semakin menghampiri PRU ke-14 PAS dilihat bersikap semakin lunak kepada Umno walaupun di atas kertas kedua-dua parti berseteru dengan satu sebagai kerajaan dan satu lagi pembangkang.

Andaian tak nak layan

Bagaimanapun selepas 9 Mei, Umno - dan BN - gagal mendapat mandat untuk kekal menjadi kerajaan dan terpaksa menjadi pembangkang.

PAS pula kekal pembangkang kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Perkembangan itu menyaksikan kedua-dua parti semakin akrab dan secara terbuka menjalin kerjasama walaupun belum ada ikatan rasmi.

Untuk rekod di atas kertas BN kini hanya dianggotai Umno, MCA dan MIC selepas parti lain mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu selepas HARAPAN menawan Putrajaya.

Kata Abdul Hadi perubahan yang dibayangkannya itu juga akan diikuti dengan perubahan gabungan parti-parti yang ada di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Bagaimanapun beliau enggan mengatakan BN akan terkubur.

"Kalau komunis yang diharamkan (pun) tak terkubur... BN bukan diharamkan," katanya lagi.

Abdul Hadi juga - seperti biasa - enggan menjawab apabila ditanyakan sama ada perubahan itu akan melibatkan gabungan PAS dan Umno secara rasmi.

"Saya tak boleh jawab (soalan) andaian," katanya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan