Header Ads

ads header

Flash News

Bekas KM Melaka sertai BERSATU


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi.

Adib, yang berkhidmat sebagai ketua menteri kelima dari tahun 1978 hingga 1982 menyerahkan borang keahlian dalam sebuah majlis di Sungai Rambai.

Beliau menyerahkan borang penyertaan kepada anggota majlis tertinggi BERSATU Abu Bakar Yahya, yang juga setiausaha politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Ketua Srikandi BERSATU Melaka Azalina Abdul Rahman.

Azalina dipetik oleh Sinar Harian sebagai berkata, Adib tidak berniat untuk kembali dalam politik tetapi hanya menyertai BERSATU sebagai tanda sokongan kepada Mahathir.

"Seperti yang ramai sedia maklum, Jasin terdapat ramai orang lama dalam politik Umno, justeru, niatnya adalah untuk memberi kesedaran dan mengajak mereka supaya menyertai Bersatu sekaligus untuk memperkukuhkan Bersatu Bahagian Jasin," katanya.

Mohd Adib pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

Azalina berkata pada majlis malam tadi, beliau turut menyerahkan sebanyak 580 borang keahlian BERSATU bagi bahagian Jasin.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Katak yang biasa makan dedak akan melompat ke mana sahaja mencari dedak baru walaupun dedak itu adalah dedak babi apabila bekalan dedak telah terputus.

    Maka katak-katak ini bukan pembela Melayu tetapi pembela perut sendiri.

    BalasPadam
  2. Sedih bila veteran jadi alat untuk pecah dan perintah.

    BalasPadam