Header Ads

ads header

Flash News

Cara dakwah Zakir Naik tak sesuai di Malaysia, kata Mujahid




KUALA LUMPUR: Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan kaedah dakwah yang menghina dan merendah-redahkan agama selain Islam adalah tidak sesuai di Malaysia.

Beliau memberi contoh penceramah kontroversi, Zakir yang kerap menghina agama selain Islam.

“Kalau tanya saya, saya kira cara pemyampaian dakwah Zakir adalah tidak sesuai di Malaysia. Kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama orang lain.

“Tetapi kita perlukan kaedah penyampaian dakwah yang lebih intelek dan tenang tanpa merendahkan maruah agama lain,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Dr Azizan Baharuddin dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Zakaria Hashim.

Mujahid berkata, selaku menteri agama dan kerajaan, tugasnya bukan sahaja menjaga Islam tetapi memastikan keharmonian agama lain terus dijaga.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sikap sebahagian masyarakat yang cenderung merendahkan maruah agama lain sehingga perkara itu menjadi seperti kebiasaan dalam rutin harian masyarakat Melayu Islam.

“Kerajaan bukan sahaja tugasnya menjaga Islam tetapi juga memastikan tiada ruang yang boleh menganggu gugat dan menjejaskan keharmonian negara dalam perhubungan agama-agama dalam negara ini,” katanya.

Katanya, perkembangan dakwah Islam tidak pernah mengamalkan cara mencerca dan merendahkan maruah agama lain.

“Saya nak tanya ni, sejak bila Islam boleh berkembang dengan memaki hamun ni? Dengan mencerca agama lain?

“Penanda aras kita, Islam orang Melayu ke Islam yang rahmah? Kalau Islam rahmah, tak perlu caci maki begitu. Jangan lagi sesekali mencerca agama penganut lain.”

MR : Mana sesuai ikut Parti Islam Liberal AMANAH, tak ada pegang tangan lelaki perempuan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan kaedah dakwah yang menghina dan merendah-redahkan agama selain Islam adalah tidak sesuai di Malaysia.
    STAEMENT APA INI beliau tak tgk video ke debat mencari kebenaran mana ada hina cuma manusia yg tak terima islam terasa dhina come on mujahid ini kah rahmatan alamin pergi tanya Mufti Perlis your statement sama macam hindraf

    BalasPadam
  2. Ambe tak tahu samaada YAB Dr Mujahid pernah mengikuti ceramah/talk drp Dr Zakir Naik.
    Yg ambe pernah ikuti, Dr Zakir Naik tak pernah menghina agama lain. Tetapi beliau berhujah dgn penganut agama lain bg menunjukman Islam lebih benar drp agama lain. Apabila hadirin yg berhujah dfn beliau mati hujah dan kelu, mereka sendiri rasa terhina dan malu.

    BalasPadam
  3. Senada seirama dengan harbi dapigs

    BalasPadam
  4. Si mujahat adalah kepala bapak liberal yang sanggup bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat si mujahat mencipta dakwaan karut marut yang tidak berasas untuk menfitnah dan memburuk-burukkan pendakwah Islam yang terkenal di seluruh dunia seolah-olah si mujahat dan tuannya L im Gonna End dan Mike Sabun Syiah amat bencikan program dakwah Islam.

    Kita yakin si mujahat ini buta, pekak dan dungu kerana membuat tuduhan palsu terhadap pendakwah Islam tersebut sedangkan kita yang biasa menonton video pendakwah Islam tersebut tahu pendakwah Islam itu tidak pernah menghina agama-agama kafir.

    Dan pada masa yang sama si mujahat ini bercakap putar belit penuh auta untuk membela dan memperjuangkan puak LGBT dll. Dan tanpa merasa segan dan malu, si mujahat ini telah menyalah-gunakan istilah-istilah dalam Islam untuk kepentingan puak kafir dll. Inilah contoh pemimpin liberal lidah biawak !

    Sebenarnya puak liberal adalah puak munafik yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi lisan, sikap, mentaliti dan perbuatan mereka amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan mereka berani menghina ajaran Islam dan merasa bangga berjuang menegakkan kemungkaran dan kesesatan.

    Puak liberal adalah musang berbulu ayam yang sangat berbahaya terhadap Islam dan umat Islam.

    BalasPadam