Header Ads

ads header

Flash News

Harga kereta turun bukan sebab SST


Penurunan harga kereta seperti diumumkan lima syarikat automobil bukanlah berpunca daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sebaliknya ia bagi mengelak harga kereta tersebut terus susut pada tahun berikutnya.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia adalah perkara biasa apabila harga kereta turun pada akhir tahun kerana setiap hujung tahun syarikat kereta akan beri diskaun.

“Diskaun itu supaya (kereta) dapat dijual sebelum Disember kerana bila masuk 1 Januari, harganya akan turun beberapa peratus sebab bukan lagi dibuat pada tahun 2018.

“Realitinya semua automobil confirm (pasti) naik (harga) bila ada SST. Bukan sahaja harga automobil akan meningkat malah harga tayar dan minyak pelincir akan ikut sama menaik,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Himpunan Bantah SST, di sini, tengahari tadi.

Sebelum ini, Menteri Kewangan mengumumkan beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW, dan Volkswagen.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: