Header Ads

ads header

Flash News

Isa Samad tanding calon bebas di PD


Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad mengesahkan mahu bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson 13 Okt ini.

Beliau dilapor berkata, tindakan itu diambil selepas Umno dan BN mengumumkan tidak akan meletakkan calon.

“Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat mungkin esok berhubung keputusan bertanding sebagai calon bebas.

“Maaf, itu saja kenyataan buat masa sekarang. Esok saya akan umumkan secara rasmi,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Mohd Isa menjadi menteri besar Ngeri Sembilan dari 1982 sehingga 2004 dan merupakan ketua Umno Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.

Mohd Isa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Spad) selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya.

Sebelum menerajui Spad, beliau juga merupakan pengerusi Felda, namun meletakkan jawatan susulan siasatan SPRM ke atasnya berhubung pembelian dua hotel oleh Koperasi Pelaburan Felda (FIC).

Mohd Isa memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi pada 2005, namun kemenangannya itu dibatalkan susulan dakwaan politik wang.

Beliau kemudian kembali bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang pada 2009. Kerusi DUN berkenaan terletak di bawah parlimen Port Dickson.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi itu Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen sekiranya menang.

Pada pilihan raya umum ke-14, Danyal memenangi kerusi berkenaan dengan 17,710 majoriti undi mengalahkan calon BN dan PAS.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Jika seseorang calon terbabit dengan skandal, peluang untuk memenangi PRK PD adalah tipis.

    Calon Pakatan No Hope juga mungkin akan lingkup kerana Pakatan No Hope telah memungkiri pelbagai janji. Bahkan pemimpin Pakatan No Hope sendiri telah menghina rakyat apabila rakyat menuntut janji PTPTN dalam manipestomato Pakatan No Hope.

    Calon PAS berpeluang untuk memenangi PRK ini kerana telah berlaku kekecohan dalam parti mata iluminati sendiri dan konflik antara parti dalam Pakatan No Hope yang telah menyaksikan kayu dan kerusi terbang dll dalam majlis parti mata iluminati.

    Pakatan No Hope sedang retak menunggu pecah berkecai.

    BalasPadam